06/04/2010

Legasi Bastiat: Apa yang dapat dan tidak dapat dilihat? (Bhgn 1)

Sebagai menyambut ulang tahun kelahiran Frederic Bastiat (lahir 30 Jun 1801), www.AkademiMerdeka.org mengusahakan penterjemahan berkala karya penting beliau bertajuk “What Is Seen and What Is Not Seen?”. Di bawah ialah penterjemahan bahagian pertama. [i]

Terjemahan oleh NOOR AMIN BIN AHMAD, Ahli Bersekutu di Institute for Democracy and Economic Affairs (www.IDEAS.org.my), Malaysia. Beliau pernah menerima biasiswa Frederic Bastiat untuk menghadiri kursus musim panas anjuran Cato University di San Diego, California.

Dalam persekitaran ekonomi, tindakan, tingkah laku, institusi dan undang-undang menghasilkan lebih daripada satu kesan. Daripada banyak kesan yang ada, ada yang berlaku serta merta selepas puncanya dan ia dapat dilihat. Kesan lain muncul kemudian dan ia tidak dapat dilihat serta merta. Kita bernasib baik jika dapat mengenal-pastinya sebelum berlaku. Hanya ada satu perkara yang membezakan kebaikan dan kelemahan pandangan seorang ahli ekonomi: yang lemah hanya mengambil kira kesan-kesan yang dapat dilihat, sementara yang baik mempertimbangkan kesan yang dapat dilihat dan kesan yang diramal pada awalnya (tidak dapat dilihat).

Perbezaannya ketara; kerana selalu terjadi bila kesan serta-merta itu memenuhi kemahuan kita, kesan jangka panjang merosakannya, dan begitulah sebaliknya; bila ia mengikut kelemahan ahli ekonomi yang memanjangkan kebaikan kecil untuk waktu singkat sebelum malapetaka besar kemudiannya, sementara pandangan ahli ekonomi yang baik sedia mengambil sedikit risiko pada kadar semasa untuk memastikan kelangsungan kebaikan ekonomi bagi masa panjang.

Hal yang sama juga sesuai untuk perkara moral dan kesihatan. Biasanya, apa yang manis di permulaan tabiat manusia berakhir dengan kepahitan: misalnya pesta, kemalasan dan pembaziran. Bila seseorang terpesona dengan hal yang dapat dilihatnya dan tidak cuba mengetahui kesan yang tidak dapat dilihatnya, mereka akan membiasakan diri dengan hal-hal yang tidak membina, bukan disebabkan tabiat asal tetapi disengajakan.

Ini menjelaskan kebiasaan proses perkembangan manusia yang sukar. Ketidakpastian melingkari kehidupan manusia, maka, mereka bertindak berasaskan kesan yang paling awal hadir, yang dapat mereka lihat hingga selepas satu jangka masa panjang di mana mereka belajar mempertimbangkan pihak lain. Dua tuan mereka yang berbeza mengajar: pengalaman dan menjangka masa hadapan. Pengalaman mengajar dengan keras, tetapi selalunya berkesan. Ia mengarah kita melalui segala kesan perlakuan yang ada dengan membuatkan kita merasainya, dan kita tidak dapat mengelak daripada belajar akhirnya, sama ada kita melaksanakan keperluan yang ada atau kita akan dihukum olehnya. Seboleh mungkin, saya lebih gemar untuk menggantikan proses belajar yang keras ini dengan sesuatu yang lebih baik: menjangka masa hadapan. Untuk itu, saya perlu menyiasat kesan daripada fenomena ekonomi, membezakan apa yang dapat dilihat dan apa yang tidak dapat dilihat.

1. Cermin Tingkap Pecah

Pernahkah anda tahu kisah kemarahan James Goodfellow[ii] bila anak lelakinya yang degil telah memecahkan satu cermin tingkap awam? Jika anda berada di tempat kejadian, anda tentu tahu ada sekitar 30 orang yang memerhatikan perbincangan di sana di mana mereka mereka sepakat menganggap itu satu kemalangan: “Tidak semua orang akan bernasib baik. Kemalangan tersebut membolehkan industri (pembuatan cermin tingkap) bergerak. Semua orang perlu mencari pendapatan untuk hidup. Apa nasib si pembuat cermin tingkap jika ia tidak pecah?”

Kini, formula memaafkan ini terkandung seluruh teori yang baik untuk kita dedahkan, satu kesalahan atas nama kemajuan, dalam contoh ini, kerana ia kebetulan tepat dengan apa yang berlegar dalam kebanyakan institusi ekonomi yang ada. Mengandaikan kos permbaikan cermin tingkap tersebut bernilai 6 francs (mata wang Perancis), jika mereka bermaksud untuk membayar semula nilai harga dan pembuatan cermin tingkap pemilik yang dipecahkan itu, maka saya setuju. Saya tidak akan mempersoalkan rasional itu kerana ia adalah tepat. Tukang kaca datang dan memperbaikinya, menerima 6 francs, berterima kasih padanya dan menerima kecuaian kanak-kanak tersebut. Itu apa yang dapat dilihat.

Tetapi jika dengan cara deduksi (pengurangan), anda menganggap ia kerap berlaku tetapi ia baik untuk industri dengan cara memecahkan cermin tingkap sesiapa, saya akan bersuara: Ia tidak patut begitu! Teori anda hanya pada apa yang anda dapat lihat, tidak kepada apa yang anda tidak nampak. Yang tidak dilihat ketika pemilik tingkap pecah membayar 6 francs untuk menggantikan cermin tingkap terebut ialah mereka boleh menggunakannya untuk keperluan lain. Yang tidak dilihat ialah jika harga 6 francs ini tidak dibayar, dia boleh menggantikan perkara lain misalnya kasut yang telah rosak atau menambah koleksi bukunya di perpustakaan peribadi. Ringkasnya, dia boleh menggunakan 6 francs tadi untuk hal-hal lain yang dia mahukan.

Mari kita lihat industri secara umumnya. Cermin tingkap pecah, pengusaha industri cermin mendapat 6 francs untuk kerja yang dihasilkan: itu apa yang ternampak. Jika tingkap itu tidak dipecahkan, industri pembuatan kasut (atau industri lain) akan mendapat 6 francs tersebut: dan ini apa yang tidak dilihat.

Jika kita perlu ambil sebagai pertimbangan untuk apa yang kita tidak nampak, kerana ia adalah faktor negatif, sebagaimana apa yang kita nampak sebagai faktor positif; kita perlu memahami bahawa ianya tidak memberi faedah kepada industri secara umum atau kepada pengambilan kerja secara keseluruhan dalam negara, sama ada cermin tingkap tersebut pecah atau tidak.

Sekarang mari kita pertimbangkan James Goodfellow.

Dalam hipotesis pertama, untuk cermin tingkap yang pecah itu beliau membayar 6 francs, tidak lebih dan tidak kurang dengan harga cermin tingkap sebelumnya. Jadi, beliau akan mendapat sebuah cermin tingkap baru yang sama. Kedua, jika cermin tingkap itu tidak dipecahkan, beliau akan membelanjakan 6 francs itu untuk kasut baru dan beliau kini memiliki sepasang kasut dan cermin tingkap yang sama fungsinya.

Sekarang jika James Goodfellow adalah sebahagian daripada masyarakat, kita boleh membuat kesimpulan bahawa masyarakat, dengan mempertimbangkan tenaga pekerja dan pemilikan mereka, kehilangan nilai harga cermin tingkap yang pecah itu.

Secara generalisasi, dari sana kita tiba kepada kesimpulan yang tidak dijangkakan: “Masyarakat hilang nilai harga objek yang dirosakkan secara tidak patut”, dan pada kata ini, yang akan membuat rambut pengikut dasar perlindungan itu berdiri bersambungan: “Untuk merosak, membinasa dan menghancurkan supaya tidak menggalakkan penggajian negara,” atau lebih secara ringkas: “Kerosakan adalah tidak menguntungkan”.

Apa yang akan dikatakan Moniteur industriel [iii] tentang ini, atau pengikut M de Saint-Chamans[iv] yang dihormati, yang telah menghitung dengan tepat tentang industri apa akan membuat keuntungan daripada pembakaran Paris, disebabkan semua perumahan yang akan dibina semula?

Saya pohon maaf untuk mempertikai perhitungan mereka yang bijak, terutama apabila perundangan kita diresapi semangat mereka. Saya minta mereka menghitung semula dengan memasukkan aspek yang tidak dilihat ini bersebelahan apa yang mereka nampak.

Pembaca haruslah menanggapi bahawa bukan hanya dua orang, tetapi tiga, dalam drama yang saya persembahkan. Pertama, James Goodfellow yang mewakili pengguna, rugi satu manfaat disebabkan terpaksa membayar untuk satu benda walhal beliau boleh mendapatkan dua benda berbeza. Kemudian, pembuat cermin tingkap di mana kes tersebut merujuk kepada industri tersebut secara langsung dan ketiga ialah pembuat kasut (sebagai contoh, atau mereka dalam industri lain) di mana 6 francs tersebut boleh dibelanjakan.

Pihak ketiga inilah yang selalu tidak kelihatan, yang menjadi elemen penting dalam masalah yang kami kemukakan. Dialah yang membuat kita faham bagaimana tidak masuk akal untuk menghidupkan satu industri dan pada masa sama menyekat yang lain. Dialah yang nanti akan mengajar kita bahawa tidak masuk akal untuk menyekat perdagangan, di mana ia akhirnya tidak lebih daripada sebahagian pemusnahan. Maka, jika anda berdepan dengan hujah yang cenderung menyekat perdagangan, anda akan menemukan frasa klise yang sama: “Apa akan jadi kepada si pembuat cermin tingkap jika tidak ada cermin tingkap yang pecah”?

Bersambung…


[i] Tulisan ini diterbitkan pada bulan Julai, 1850 dan merupakan tulisan terakhir Frederic Bastiat. Ia dijanjikan beliau kepada masyarakat awam lebih setahun. Ini kerana beliau telah kehilangan manuskrip asal semasa berpindah dari ‘the rue de Choiseul’ ke ‘the rue d’Algen’. Selepas lama dan penat mencari, beliau membuat keputusan untuk menulis semula keseluruhannya dan dipilih sebagai prinsip asas dalam pelbagai ucapannya di Perhimpunan Kebangsaan. Selesai tugasan tersebut, beliau merenung semula keseriusan yang ditonjolkan sebelum membakar manuskrip tersebut dan menulis persoalan yang sama dengan bahasa yang lebih lembut.

[ii] Dalam bahasa Perancis digunakan nama Jacques Bonhomme untuk menggambarkan seorang manusia biasa.

[iii] Surat khabar bagi Jawatankuasa untuk Mempertahankan Industri yang mendokong dasar perlindungan.

[iv] Auguste, Vicomte de Saint-Chamans (1777—1861), Timbalan dan Canselor Negara di bawah pemulihan semula, seorang pendokong dasar perlindungan dan perimbangan perdagangan. Bastiat menjawab dokongan beliau kepada ‘halangan’ yang ditulis dalam Nouvel essai sur la richesse des nations, 1824. Hasil kerja ini kemudiannya (1852) dimasukkan dalam Traité d’économie politique.

Tag .

Kenali AkademiMerdeka.org

AkademiMerdeka.org ialah satu projek pendidikan ide-ide libertarianisme dalam Bahasa yang dijalankan oleh Atlas Global Initiative for Free Trade, Peace and Prosperity.

Langgan feed RSS

Ikuti melalui Twitter

Sertai kami di Facebook

Kenali kami sepenuhnya »

© 2010 AkademiMerdeka.org