Sebagai menyambut ulang tahun kelahiran Frederic Bastiat (lahir 30 Jun 1801), www.AkademiMerdeka.org mengusahakan penterjemahan berkala karya penting beliau bertajuk “What Is Seen and What Is Not Seen?”. Di bawah ialah penterjemahan bahagian keempat.
Terjemahan oleh NOOR AMIN BIN AHMAD, Ahli Bersekutu di Institute for Democracy and Economic Affairs (www.IDEAS.org.my), Malaysia. Beliau pernah menerima biasiswa Frederic Bastiat untuk menghadiri kursus musim panas anjuran Cato University di San Diego, California.
Teater dan Seni Halus
Wajarkah seni disubsidi oleh kerajaan?
Sudah tentu banyak kenyataan pro dan kontra boleh diperkatakan tentangnya.
Dengan menyokong sistem subsidi, seseorang boleh mengatakan bahawa seni itu luas, mengangkat dan mengisi jiwa satu negara; ia menarik tumpuan perhatian jauh daripada benda dengan memberi satu perasaan indah, dan menjadikan manusia bertindak sesuai dengan adab, adat, moral malah pada industrinya. Seseorang boleh mempertanyakan ke manakah muzik akan wujud di Perancis tanpa Théâtre-Italien dan tempat pemuliharaannya, seni dramatik tanpa Théâtre-Français; lukisan dan arca tanpa muzium dan tempat himpunannya. Seseorang boleh pergi lebih lanjut dan berkata dengan pemusatan dan subsidi kepada seni halus; keindahan rasa dapat dibangunkan dan ia adalah anugerah kemuliaan kepada pekerja Perancis dan produk-produk ini boleh dihantar ke seluruh dunia. Dengan berlakunya hal yang demikian, bukankah satu kecuaian di sisi rakyat untuk menolak taksiran sederhana ini, dan dalam analisis terakhir, ianya satu pencapaian kecemerlangan dan keagungan buat mereka pada kaca mata Eropah?
Bagi alasan ini dan yang lebih banyak yang lain, mereka yang kuasanya tidak saya cabar, seseorang boleh menentang dengan banyak hujah yang lebih kukuh. Yang pertama seseorang boleh mengatakan persoalan keadilan agihan. Adakah hak seorang penggubal undang-undang pergi sejauh menentukan jumlah bayaran kepada seorang artis untuk menambah keuntungan mereka? M. de Lamartine (1) mengatakan: “Jika kamu menarik semula subsidi kepada teater, di manakah kamu akan berhenti melakukannya, dan bukankah secara logiknya kamu juga perlu melakukannya yang sama kepada fakulti-fakulti di universiti, muzium, institut dan perpustakaan?”. Seseorang boleh menjawab: “Jika kamu mahu memberikan subsidi kepada semua yang bagus dan berguna, di manakah kamu akan berhenti, dan bukankah secara logiknya kamu perlu membuat satu senarai sivil untuk pertanian, industri, kewangan, kebajikan dan pendidikan?”. Tambahan pula, adakah benar subsidi dapat memajukan seni? Persoalan ini jauh dari usaha penyelesaian dan kami melihat dengan mata kami sendiri bahawa semua teater yang berkembang itu terus hidup dengan menjana keuntungan sendiri.
Akhirnya, terus kepada pertimbangan yang lebih tinggi, seseorang boleh melihat bahawa keperluan serta keinginan menolong antara satu dengan yang lain dan bergerak ke satu tahap yang lebih sukar atau kurang (2), berkadaran selagi kekayaan negara membenarkan kepuasan mereka; dan kerajaan tidak harus campur tangan dalam proses ini kerana apa juga nilai semasa kekayaan negara, ia tidak dapat merangsang kemewahan industri dengan cukai tanpa menyebabkan industri-industri penting terjejas, lalu memundurkan kemajuan semula jadi ketamadunan. Seseorang juga boleh menunjukkan bahawa ianya adalah kepalsuan kehendak, rasa, kerja dan populasi dalam meletakkan negara dalam satu kedudukan genting dan bahaya serta meninggalkannya tanpa satu asas yang kukuh.
Ini adalah beberapa hujah kumpulan yang menolak campur tangan kerajaan melalui perintah yang dibuat di mana rakyat percaya mereka sepatutnya memuaskan keperluan dan keinginan mereka dan sekaligus menguruskan kegiatan mereka sendiri. Saya ingin membuat pengakuan bahawa saya adalah salah seorang daripada kalangan mereka yang berfikir bahawa persoalan pilihan; tindak balas harus datang dari bawah dan bukan dari atas, daripada rakyat dan bukan daripada penggubal undang-undang; dan pertentangan doktrin kelihatan di mata saya telah mendorong kepada pemusnahan kebebasan dan kemuliaan manusia.
Tetapi, dengan campur tangan yang salah salah dan tidak adil, adakah anda tahu apa yang dituduh kepada ahli ekonomi? Bila kami menentang subsidi, kami didakwa menentang hal yang dicadang untuk disubsidi dan menjadi musuh kepada semua aktiviti hanya kerana kami mahu ia dilakukan melalui kesukarelawanan di mana mereka mendapat kepuasan untuk diri sendiri.
Maka, jika kami menggesa kerajaan untuk tidak campur tangan melalui cukai untuk pengurusan agama, kami dituduh ateis. Jika kami menggesa kerajaan tidak masuk campur melalui cukai untuk pendidikan, kami dituduh menolak pencerahan. Jika kami katakan kerajaan, melalui cukai, tidak harus memberi nilai buatan kepada tanah atau kepada mana-mana cabang industri, kami dikatakan musuh kepada harta dan kerja. Jika kami tegas mengatakan kerajaan tidak sepatutnya memberi subsidi kepada para artis, kami dianggap tidak bertamadun dan menganggap seni sebagai satu hal yang tidak berguna.
Saya menolak sekeras-kerasnya kesimpulan ini. Jauh daripada akal fikir yang waras untuk menghapuskan agama, pendidikan, harta, kerja dan seni apabila kami meminta negeri untuk melindungi perkembangan semua aktiviti manusia ini secara bebas tanpa menjadikan mereka di bawah senarai untuk dibayar oleh pihak lain, dan kami percaya sebaliknya, semua kuasa-kuasa masyarakat ini harus terbangun secara harmoni dengan dorongan kebebasan dan tidak ada daripadanya harus menjadi, sebagaimana yang kita lihat pada hari ini, sumber kepada kekecohan, penyalahgunaan, kezaliman dan huru-hara.
Para penantang kita percaya bahawa sesuatu aktiviti jika tidak disubsidi atau dikuatkuasakan undang-undang kepadanya akan lenyap. Kami berpendapat sebaliknya. Kepercayaan mereka ada pada penggubal dasar, bukan kepada (kemahuan-penterjemah) manusia sebaliknya kepercayaan kita ada pada (kemahuan-penterjemah) manusia, bukan pada penggubal dasar.
Maka, M. de Lamartine mengatakan: “berasaskan prinsip ini, kami sepatutnya memansuhkan penjelasan awam yang membawa kekayaan dan penghormatan kepada negara ini”.
Saya menjawab kepada M. de Lamartine: Daripada pandangan anda, tidak memberikan subsidi beerti mahu menghapuskan, kerana ia dibawa daripada premis bahawa tidak ada sesuatu yang wujud tanpa kemahuan pemerintah, dan kamu merumuskan bahawa tidak ada yang dapat terus wujud jika cukai tidak dikenakan. Tetapi saya menentang pendapat yang anda ambil dan saya buktikan bahawa yang terbaik serta mulia pada penjelasan, suatu yang dasarnya paling liberal, yang konsepsinya paling universal, dan saya boleh gunakan kata “manusiawi”, tanpa berlebihan tentangnya ialah penjelasan yang kini sedang disiapkan di London, (3) satu-satunya di mana tiada campur tangan kerajaan dan dokongan cukai.
Kembali kepada seni halus, seseorang boleh, saya ulangi, memberi alasan yang kuat untuk menerima atau menolak sistem subsidi. Pembaca memahami, selaras dengan tujuan khas esei ini, bahawa saya tidak mempunyai keperluan untuk menyatakan alasan ini atau untuk membuat keputusan tentangnya.
Tetapi M. de Lamartine telah memberikan satu hujah yang saya tidak boleh diamkan, kerana ia menyentuh sempadan kajian ekonomi yang telah dibuat dengan berhati-hati.
Kata beliau:
Persoalan ekonomi berkaitan boleh dirumuskan dalam satu perkataan: pekerjaan. Persekitaran pekerjaan tidak begitu penting; ia akan produktif dan subur seperti yang lain. Teater, sebagaimana yang anda tahu, menampung tidak kurang pendapatan lapan puluh ribu pekerja dalam pelbagai jenis – tukang cat, pengukir batu, juruhias, pereka pakaian, arkitek dan sebagainya, mereka yang industri dan kehidupannya memerlukan banyak bahagian daripada modal ini, dan mereka harus mendapatkannya melalui simpati anda!
Simpati anda? Baca: subsidi daripada anda.
Dan ditambah lagi:
Kelebihan Paris menyediakan peluang pekerjaan dan barangan keperluan pengguna untuk pejabat-pejabat daerah, dan kemewahan orang kaya melalui gaji dan dua ratus ribu pekerja dalam pelbagai lapangan, hidup dalam industri teater yang kompleks sepanjang Republik, dan penerimaan daripada kebaikan ini yang menjadikan Perancis terkenal, rezeki mereka dan keperluan hidup untuk keluarga dan anak mereka. Untuk merekalah 60,000 francs ini diberikan (Sangat bagus! Sangat bagus! Ramai-ramai bertepuk!).
Untuk itu saya terpaksa mengatakan: Sangat teruk! Sangat teruk! Sudah tentu ianya adalah satu kongkongan dan beban kepada penghakiman ini dalam penghujahan ekonomi yang kami sangat perihatin.
Ya, sekurang-kurang sebahagian daripada 60,000 francs ini akan pergi kepada pekerja teater. Sebahagian mungkin hilang di pertengahan jalan. Jika kita meneliti perkara ini dengan tekun, kita akan menemukan bahawa kebanyakan bahagian duit ini pergi kepada hal-hal lain. Pekerja amat bernasib baik jika ada bahagian yang baik untuk mereka! Tetapi saya berpendapat bahawa subsidi ini akan pergi kepada tukang cat, juruhias, pereka pakaian, pendandan rambut, dan sebagainya. Itu apa yang dapat dilihat.
Tetapi dari manakah ianya datang? Ini adalah bahagian lain pada sekeping syiling, sama pentingnya ketika kita melihat satu lagi bahagian. Dari manakah puncanya 60,000 francs ini? Dan ke manakah ia pergi jika undi para penggubal dasar tidak halakan ia terlebih dahulu ke rue de Rivoli dan dari sana kepada rue de Grenelle? (4) Ini ialah apa yang tidak dapat dilihat.
Tentunya seseorang tidak berani mengatakan undinya sebagai penggubal dasar menyebabkan kotak undi sebagai penentu jumlah ini yang perlu dibelanjakan. Ia satu penambahan sebenar kepada kekayaan negara; dan tanpa undi yang menakjubkan, jumlah 60,000 francs ini akan kekal tidak kelihatan dan boleh diambil. Perlu diterima bahawa apa yang majoriti boleh lakukan ialah untuk memutuskan bahawa mereka akan mengambilnya dari mana-mana sumber untuk diletakkan di tempat lain, dan mereka hanya mempunyai satu destinasi sahaja iaitu dengan memesongkannya daripada yang lain.
Dengan ini sebagai kes, amat jelas bahawa pembayar cukailah yang akan dikenakan bayaran cukai sebanyak satu franc tidak lagi mempunyai satu franc ini untuk belanjanya. Amat jelas bahawa dia akan dinafikan kepuasan yang boleh didapatkan dengan satu franc, dan siapapun yang menjadi pekerja ini, akan mendapat kepuasan ini akan dinafikan upah pada jumlah yang sama.
Mari kita cuba berfikir secara kanak-kanak untuk mempercayai bahawa undi pada 16 Mei dapat menambah sesuatu kepada apa juga kesejahteraan kebangsaan dan pekerjaan. Ia satu pemindahan semula pemilikan, pemindahan gaji-gaji, itu saja.
Apakah akan dikatakan untuk satu jenis kepuasan dan satu jenis pekerjaan dapat mengganti kepuasan dan keperluan kerja yang mendesak sebagai lebih bermoral dan rasional? Saya akan berjuang habis-habisan untuk asas ini. Saya boleh mengatakan: Dengan mengambil 60,000 francs daripada pembayar cukai, anda mengurangkan gaji pembajak, penggali longkang, tukang kayu, tukang besi, dan anda meningkatkan gaji penyanyi, pendandan rambut, juruhias dan pereka pakaian dengan jumlah yang sama. Tidak ada yang membuktikan bahawa kumpulan kelas terakhir ini lebih penting daripada yang lain. M. de Lamartine tidak membuat dakwaan ini. Dia hanya berkata bahawa kerja teater adalah sama produktif, sama menarik dan tidak lebih daripada kerja-kerja lain, di mana ia boleh dicabar; dan bukti terbaik bahawa kerja teater ini tidak sama produktif dengan kerja lain ialah kerana ia menagih subsidi untuk bergerak.
Tetapi perbandingan nilai intrinsik (dalaman-penterjemah) ini dan merit bagi kepelbagaian bidang dan bentuk kerja bukanlah sebahagian subjek yang saya bentangkan. Apa yang saya cuba lakukan di sini ialah menunjukkan jika M. de Lamartine dan mereka yang bersorak menyokong hujah beliau telah melihat pada satu sudut bahawa gaji yang diperolehi oleh mereka yang memberikannya kepada keperluan seorang aktor juga sepatutnya melihat kehilangan pendapatan oleh pembayar cukai; dan jika tidak, mereka terdedah kepada kepada cemuhan untuk kesilapan mengalihkan pendapatan untuk keuntungan. Jika mereka percaya doktrin yang dibawa logik, tentulah mereka akan meminta subsidi yang tidak terhingga; kerana apa yang benar pada satu franc dan 60,000 francs adalah sama, tentulah juga satu billion francs.
Bila ianya persoalan cukai, tuan-tuan, buktikanlah kegunaannya menggunakan alasan dengan prinsip asas yang sama, bukan dengan penegasan yang menghampakan: “Perbelanjaan awam membolehkan kelas pekerja terus hidup”. Ia menjadikan satu kesilapan penyembunyian fakta yang penting untuk diketahui: iaitu, perbelanjaan awam sentiasa satu penggantian perbelanjaan swasta (termasuk peribadi – penterjemah), dan kesannya mungkin membantu seorang pekerja di satu tempat tetapi tidak menambahkan apa-apa kepada kelas pekerja jika dilihat secara keseluruhan. Hujah anda kedengaran bergaya, tetapi tidak masuk akal kerana dibuat dengan taakulan yang tidak tepat.
Bersambung…
—
Nota kaki:
1) Alphonse Marie Louis de Lamartine (1790-1869), seorang penyair romatisme Perancis yang hebat dan sekaligus seorang negarawan. Pertama kali dipilih sebagai Timbalan Presiden pada 1834, beliau mencapai kejayaan hebat semasa Rovolusi 1848 apabila menjadi penggerak utama kepada pembentukan Republik. Kepetahannya meredakan Perancis daripada kumpulan-kumpulan yang mengancam untuk memusnahkannya dan menjadi ketua kerajaan sementara. Cenderung idealis dan pemidato daripada menjadi seorang ahli politik yang praktikal, namun, beliau kehilangan pengaruhnya kemudian sebelum berundur dan menghabiskan kehidupannya menyendiri pada 1851.
2) Rujuk bab 3 of Economic Harmonies.
3) Ini merujuk kepada Pameran Hebat di Hyde Park, London pada 1851, dibiayai oleh Masyarakat Seni London (London Society of Arts), sebuah persatuan yang membangunkan industri seni dan budaya. Siri pertama pameran antarabangsa yang hebat, atau “pameran dunia”, pernah popular di Crystal Palace, struktur arkitek yang sangat membanggakan, dan dipertonton di pameran. Puteri Victoria, isteri kepada Putera Albert menguruskan pameran ini.
4) dari Dewan Bandaraya kepada pembekal teater
5) Charles Dupin (1784-1873), seorang ahli ekonomi dan jurutera Perancis yang terkenal, Profesor di Majlis Konservasi Seni dan Kraf, Timbalan Presiden dan Senator. Sumbangan terbesar beliau kepada ekonomi politik ialah dalam bidang statistik ekonomi.
Bahagian ketujuh terjemahan What Is Seen and What Is Not Seen.
Pengantar Dr Tom G. Palmer bagi buku Hukum karya Friedric Bastiat.
Pengantar tulisan Hayek mengenai Bastiat
AkademiMerdeka.org ialah satu projek pendidikan ide-ide libertarianisme dalam Bahasa yang dijalankan oleh Atlas Global Initiative for Free Trade, Peace and Prosperity.
© 2010 AkademiMerdeka.org