Sebagai menyambut ulang tahun kelahiran Frederic Bastiat (lahir 30 Jun 1801), www.AkademiMerdeka.org mengusahakan penterjemahan berkala karya penting beliau bertajuk “What Is Seen and What Is Not Seen?”. Di bawah ialah penterjemahan bahagian kelima.
Terjemahan oleh NOOR AMIN BIN AHMAD, Ahli Bersekutu di Institute for Democracy and Economic Affairs (www.IDEAS.org.my), Malaysia. Beliau pernah menerima biasiswa Frederic Bastiat untuk menghadiri kursus musim panas anjuran Cato University di San Diego, California.
Pekerjaan Awam
Tidak ada yang lebih semulajadi daripada sebuah negara memastikan perusahaan yang bagus untuk menguntungkan komuniti perlu dijalankan melalui kutipan dana daripada penduduk. Tetapi saya mengaku bahawa kesabaran saya hilang sepenuhnya selepas mendengar hujah sokongan kepada resolusi kesilapan ekonomi ini:
“Lagipun, ia adalah satu cara mencipta peluang pekerjaan”.
Kerajaan membuka peluang pekerjaan tertentu dengan mengadakan sejumlah projek seperti menyiapkan jalan, membina istana, memperbaiki satu lorong, menggali sebuah terusan; itu apa yang dapat dilihat. Tetapi ia menghalang sejumlah pekerjaan lain. Itu apa yang tidak dapat dilihat.
Andaikan satu jalan sedang dalam pembinaan. Seribu pekerja datang setiap pagi dan pulang setiap petang, kemudian pasti menerima gaji mereka. Jika jalan ini tidak diluluskan, dana untuknya belum diluluskan, tentu mereka ini tidak dapat bekerja dan tidak menerima gaji tadi.
Tetapi, adakah ini segalanya? Dengan melihat secara keseluruhannya, tidakkah operasi ini melibatkan hal-hal yang lain? Ketika M. Dupin (1) mengucapkan maaf: “Perhimpunan telah menetapkan…”, adakah berjuta-juta francs itu turun secara ajaib dari langit dan pergi ke kantung M. Fould (2) dan M. Bineau (3)? Untuk melengkapkan proses, tidakkah kerajaan perlu mengutip dana ini termasuk perbelanjaan yang ada? Bukankah ia memerlukan sejumlah pemungut cukai dan sumbangan pembayar cukai?
Kajilah persoalan ini dan kedua-dua aspek daripadanya.
Sambil mengetahui apa yang kerajaan mahu lakukan dengan jutaan francs yang ditetapkan, jangan diabaikan apa yang pembayar cukai boleh lakukan – dan tidak dapat melakukannya kerana kutipan cukai – dengan jumlah yang sama. Lihatlah bahawa perkhidmatan awam tidak lebih daripada syiling dengan dua permukaan. Di satu sisi, nilainya ialah seorang pekerja yang sibuk dan ini apa yang selalu dapat dilihat; sementara di satu sisi lain ialah sang penganggur dan ini selalu tidak dapat dilihat.
Sofisme (kebijaksanaan – penterjemah) yang saya kritik dalam esei ini adalah lebih berbahaya jika ia diletakkan pada perkhidmatan awam kerana ia sering diguna untuk menjustifikasikan perusahaan-perusahaan boros. Bila sebuah landasan kereta api atau sebuah jambatan mempunyai nilai utiliti sebenar, memadai ianya bergantung kepada fakta ini untuk berhujah menyokong apa yang dipersetujuinya. Tetapi jika seseorang tidak dapat melakukannya, apa yang akan diperbuat olehnya? Mereka akan mengeluarkan mentera yang biasa: “Kita mesti mewujudkan peluang pekerjaan untuk mereka”.
Ini bermaksud Champ-de-Mars (4) telah diarah untuk dibina dan kemudian dirobohan. Napoleon yang dikatakan hebat itu didakwa melakukan kerja dermawan bila beliau membuat projek galian longkang ini dan kemudian menimbusnya. Katanya: “Apa perbezaan hasilnya? Apa yang kita perlu lihat ialah kekayaan disebarkan kepaa semua kelas pekerja”.
Mari kita lihat isu sebenarnya. Duit mencipta satu ilusi kepada kita. Untuk menggesa kerjasama semua, dalam bentuk duit; dari semua penduduk kepada perusahaan awam, realitinya seperti menggesa kerjasama sebenar secara fizikal, iaitu setiap daripada kita semua mendapatkan kerja yang boleh dilakukan bagi membolehkan diri kita dikenakan cukai. Kini, jika kita himpunkan semua penduduk dan mendapatkan perkhidmatan mereka bagi memastikan setiap orang menyumbang kerja berguna untuk semua, ia boleh difahami; dan bayaran kepada mereka bergantung kepada hasil kerja yang dibuat. Tetapi jika kita membawa mereka semua berkumpul dan memaksa mereka membuat jalan yang tidak ada siapa pun akan melaluinya, atau istana yang tidak ada siapa pun akan mendiaminya, dan ini semua dibuat untuk memberikan kerja kepada mereka, ia adalah satu perbuatan tidak masuk akal, dan bantahan tentulah boleh dijustifikasikan: Tidak ada apa yang boleh didapati dengan kerja yang sebegitu. Kami lebih rela bekerja untuk diri kami sendiri.
Dengan rakyat menyumbangkan wang mereka, dan bukan kerja, tidak mengubah apa-apa pada hasil umum. Tetapi jika kerja dilakukan, kerugian akan dikongsi bersama. Jika duit yang disumbangkan, kerajaan akan sibuk mengelakkan perkongsian kerugian, bahkan telah menambah kepada apa yang penduduk telah deritai.
Ada klausa dalam Perlembagaan mengatakan:
“Masyarakat membantu serta mendorong perkembangan kerja… melalui pembangunan oleh kerajaan, jabatan dan majlis tempatan, membuat kerja-kerja yang sesuai untuk memberi pekerjaan kepada yang terbiar”.
Sebagai kayu ukur sementara dalam masa krisis, pada musim sejuk yang teruk, campur tangan ini melalui pembayar cukai boleh memberi kesan baik. Ia beroperasi sama seperti insurans. Ia tidak menambah bilangan pekerjaan atau jumlah gaji tetapi mengambil kerja dan gaji dari masa-masa biasa serta elaun pengangguran, memastikan kerugian pada waktu sukar.
Sebagai kayu ukur tetap, umum, pengukuran sistematik, ia tidak memberikan apa-apa selain penipuan yang menjahanamkan, satu kemustahilan, satu percanggahan, yang menjadi satu pertunjukkan besar untuk sedikit kerja yang ia rangsang, iaitu apa yang dapat dilihat sambil menyembunyikan halangan kepada jumlah kerja lebih besar, iaitu apa yang tidak dapat dilihat.
—
1. Charles Dupin (1784-1873), seorang ahli ekonomi dan jurutera Perancis yang terkenal, Profesor di Majlis Konservasi Seni dan Kraf, Timbalan Presiden dan Senator. Sumbangan terbesar beliau kepada ekonomi politik ialah dalam bidang statistik ekonomi.
2. Achille Fould (1800-1867), seorang ahli politik dan kewangan.
3. Jean Martial Bineau (1805—1855), jurutera dan ahli politik, Menteri Kewangan pada 1852.
4. Asalnya satu padang untuk perbarisan di Paris terletak di tebing kiri Seine, Champ-de-Mars kini ialah sebuah taman antara Menara Eiffel dan Akademi Tentera.
Bahagian terakhir terjemahan What Is Seen and What Is Not Seen.
Bahagian kesebelas terjemahan What Is Seen and What Is Not Seen.
Bahagian kesepuluh terjemahan What Is Seen and What Is Not Seen.
AkademiMerdeka.org ialah satu projek pendidikan ide-ide libertarianisme dalam Bahasa yang dijalankan oleh Atlas Global Initiative for Free Trade, Peace and Prosperity.
© 2012 AkademiMerdeka.org