06/07/2010

Legasi Bastiat: Apa yang dapat dan tidak dapat dilihat (Bhgn 6)

Sebagai menyambut ulang tahun kelahiran Frederic Bastiat (lahir 30 Jun 1801), www.AkademiMerdeka.org mengusahakan penterjemahan berkala karya penting beliau bertajuk “What Is Seen and What Is Not Seen?”. Di bawah ialah penterjemahan bahagian keenam.

 Terjemahan oleh NOOR AMIN BIN AHMAD, Ahli Bersekutu di Institute for Democracy and Economic Affairs (www.IDEAS.org.my), Malaysia. Beliau pernah menerima biasiswa Frederic Bastiat untuk menghadiri kursus musim panas anjuran Cato University di San Diego, California.

Orang Tengah (Perantara)

Masyarakat ialah agregat semua perkhidmatan yang dilakukan seseorang dan selainnya sama ada secara terpaksa atau sukarela, atau dengan kata lain ia terdiri daripada perkhidmatan awam (public services) dan perkhidmatan persendirian (private services).

Yang pertama, ditentukan serta digubal oleh undang-undang, dan ia tidak semestinya mudah diubah bila diperlukan, boleh bertahan lama fungsinya dengan kekal menggunakan nama perkhidmatan awam, meskipun mereka sudah tidak lagi berkhidmat selain menjadi penyibuk awam. Kedua berada dalam domain sukarela, sekaligus bermaksud tanggungjawab individu. Apa yang diberi dan diterima dibuat dengan kemahuannya, selepas proses tawar-menawar. Perkhidmatan ini sering dianggap mempunyai kegunaan sebenar, diukur tepat oleh nilai perbandingannya.

Sebab itu yang pertama itu selalunya statik, sementara yang kedua itu mematuhi syarat pertumbuhan sebenar.

Sambil pembangunan perkhidmatan awam diwar-warkan besar, dengan lebihan kuasa yang ada padanya, ia cenderung mewujudkan parasit dalam masyarakat, dan anehnya banyak sekolah pemikiran ekonomi moden menuduh ini satu jenis kebiasaan mereka yang sukarela, perkhidmatan persendirian, dan mahu mengubah fungsi prestasi yang dibuat oleh pelbagai pekerjaan.

Aliran pemikiran ini bersungguh-sungguh menyerang mereka yang dipanggil ‘orang tengah’ atau perantara. Mereka sedia menghapuskan kapitalis (baca: pemberi modal), jurubank, spekulator, usahawan, ahli perniagaan dan saudagar, dengan tuduhan mereka ini ‘orang tengah’ yang memakan hasil penjual dan pembeli tanpa memberikan nilai apa pun kepada keduanya. Atau, pendokong perubahan mahu mahu memindahkan kepada negara kerja-kerja yang dilakukan oleh orang tengah kerana kerja ini tidak boleh dilupuskan.

Kebijaksanaan sosialis dalam perkara ini terpapar pada kemampuan menunjukkan kepada orang awam tentang bayaran kepada ‘orang tengah’ untuk perkhidmatan mereka dan mendiamkan apa yang perlu dibayar kepada negara. Sekali lagi terdapat konflik tentang apa yang dapat dilihat dengan mata dan apa yang dapat dibuktikan dengan fikiran; antara apa yang dapat dilihat dan apa yang tidak dapat dilihat.

Ini khususnya pada tahun 1847 dan pada situasi kebuluran (1) di mana sekolah pemikiran ekonomi sosialis berjaya mempopularkan teori mereka yang merosakkan itu. Mereka tahu bahawa propaganda mereka yang tidak masuk akal itu mempunyai peluang dipercayai oleh mereka yang sedang menderita; malesuada fames (2).

Kemudian, dengan sokongan kata-kata muluk: “eksploitasi manusia oleh manusia, spekulasi semasa kebuluran, monopoli”; mereka menyediakan diri memburukkan perniagaan dan menafikan apa juga kebaikannya.

“Mengapa” kata mereka “urusan mendapatkan makanan daripada Amerika Syarikat dan Crimea itu diserahkan kepada semua saudagar itu?

Kenapa tidak negara, jabatan-jabatan dan majlis-majlis perbandaran mewujudkan satu perkhidmatan dan membuat gudang untuk penyimpanan stok? Mereka akan menjual dengan kos bersih; dan orang ramai ramai, rakyat miskin, akan lega untuk penghormatan bahawa mereka ini membayar untuk bebas daripada misalnya sifat pentingkan diri, individualistik dan perdagangan berunsur anarki”.

Penghormatan yang dibayar oleh rakyat kepada perniagaan ialah apa yang dapat dilihat. Penghormatan bahawa rakyat perlu membayar kepada negara atau agennya dalam sistem sosialis ialah apa yang tidak dapat dilihat.

Apa penghormatan yang disebut sebagai rakyat membayar kepada perniagaan ini? Ianya begini: dua pihak menjalankan perkhidmatan dalam kebebasan penuh dengan bayaran yang dipersetujui selepas sesi tawar-menawar sambil menekan persaingan.

Ketika mereka yang perutnya lapar itu berada di Paris dan gandum yang boleh menghilangkan kelaparan ini berada di Odessa, kelaparan ini tidak akan terhenti selagi gandum itu tidak sampai ke dalam perutnya. Ada tiga cara boleh dilakukan untuk menyelesaikan masalah ini: 1) orang lapar itu pergi mendapatkan sendiri gandumnya; 2) mereka memberi kepercayaan kepada yang terlibat dalam urus-niaga ini, atau 3) mereka mengenakan cukai kepada diri mereka sendiri untuk membolehkan perkhidmatan awam ditugaskan melakukannya.

Antara tiga kaedah ini, yang manakah lebih baik?

Pada bila-bila masa, di mana negara juga, mereka yang bebas, yang lebih cerdas dan lebih berpengalaman, selalunya akan secara sukarela memilih yang kedua. Saya mengaku bahawa ia sudah cukup di mata saya untuk terus memberikan kelebihan kepadanya. Fikiran saya menolak untuk mengaku bahawa manusia umumnya sering menipu diri sendiri meskipun pada hal yang begitu dekat dengan dirinya. (3)

Bagaimanapun, mari kita teliti persoalan ini.

Untuk 36 juta rakyat pergi ke Odessa mendapatkan gandum yang diperlukan mereka tentulah sangat jelas tidak praktikal. Cara pertama tidak dapat dilakukan. Para pengguna tidak boleh bertindak sendiri; mereka memerlukan orang tengah sama ada pegawai kerajaan atau peniaga.

Bagaimanapun, mari kita teliti cara pertama yang paling biasa dilakukan. Secaar asasnya, menjadi tanggungjawab setiap yang lapar untuk mendapatkan gandum itu sendiri. Kerja adalah satu hal yang akan menyebabkan kebimbangannya; ianya adalah khidmat yang dia perlu lakukan untuk dirinya. Jika seorang yang lain, siapa juga, yang melakukan tugas ini bagi pihaknya, orang tersebut berhak untuk mendapat bayaran. Apa yang mahu saya sampaikan ialah khidmat orang tengah ini melibatkan hak untuk pembayaran.

Apapun ia, kerana kita memerlukan apa yang sosialis panggil parasit, yang manakah antara dua – seorang peniaga atau penjawat awam – parasit yang lebih kurang mendesak?

Perniagaan (saya beranggapan ianya bebas, atau jika tidak apalah ertinya hujah-hujah saya?) didorong, oleh kemahuan diri sendiri, untuk mengkaji musimnya, hari demi hari keadaan tanaman, menerima laporan daripada seluruh dunia, melihat keperluan mendatang dan mengambil langkah kawalan yang perlu. Ia memerlukan semuanya bersedia, bekerjasama di mana-mana dan kepentingan diri terdekat ialah membeli pada harga serendah mungkin, menjimatkan butiran operasi dan mendapatkan pulangan terbesar dengan usaha minima. Bukan saja para peniaga Perancis, tetapi para peniaga seluruh dunia sibuk memenuhkan keperluan Perancis pada setiap masa; dan jika kemahuan diri sendiri mendesak mereka untuk melakukan tugas mereka dengan kos yang paling rendah, persaingan antara mereka pasti membolehkan pelanggan juga meraih keuntungan daripadanya. Sebaik sahaja gandum diperolehi, para peniaga mempunyai akan menjualnya sesegera mungkin bagi mengurangkan risiko, memastikan keuntungan dan memulakan segalanya sekali lagi jika mereka berpeluang. Dengan dorongan perbandingan harga, perniagaan persendirian mengedar makanan ke seluruh dunia, sentiasa bermula pada satu tahap yang serba kekurangan, iaitu ketika keperluan ini sangat mendesak. Maka, tidak dapat dibayangkan sebuah organisasi menghitung dengan lebih baik keperluan mereka yang kelaparan, dan keindahan organisasi ini, tidak dapat dilihat oleh para sosialis, hadir daripada fakta bahawa ianya adalah percuma, maksudnya sukarela, tanpa paksaan. Ya, pembeli mesti membayar peniaga untuk perbelanjaan gudang, perkapalan, stor, komisen dan sebagainya; tetapi dalam sistem apakah seorang pembeli boleh mengelak pembayaran belanja pengangkutan gandum tadi kepadanya? Selain itu, bayaran juga perlu dibuat untuk perkhidmatan yang diambil, tetapi, jika bahagian orang tengah ini dilihat, ia berkurangan ke tahap minimum dengan adanya persaingan; dan untuk berlaku adil, adalah aneh bila para pekerja mahir Paris tidak bekerja untuk para peniaga Marseilles, ketika para peniaga dari Marseilles bekerja untuk para pekerja mahir di Paris.

Jika mengikut rancangan sosialis, negara akan mengambil alih peranan peniaga persendirian dalam transaksi ini, apakah yang akan berlaku? Berdoalah, tunjukkan saya di mana akan berlaku ekonomi untuk rakyat? Adakah ianya pada harga jualan?  Bayangkan jika wakil daripada 40 ribu ahli majlis perbandaran pergi ke Odessa pada satu hari, hari di mana gandum diperlukan, bayangkan kesan kepada harganya. Adakah ekonomi akan terkesan dalam belanja perkapalan? Adakah lebih sedikit kapal, lebih sedikit kelasi, lebih sikit penghantaran, kurang gudang diperlukan atau kita akan lebih lega membayar dengan membayar untuk semua ini? Akankah simpanan kita terkesan dengan keuntungan para ahli perniagaan? Adakah wakil atau penjawat awam akan pergi ke Odessa hanya untuk tugas ini? Adakah mereka akan membuat perjalanan ini dengan semangat persaudaraan semata-mata? Adakah mereka tidak perlu hidup? Adakah masa mereka itu tidak perlu dibayar? Adakah anda fikir ini tidak akan mencecah ribuan kali dua atau tiga peratus pendapatan para peniaga, satu kadar yang diambil sebagai jaminan?

Kemudian, fikirkan kesukaran yang disebabkan oleh pengenalan pelbagai cukai dalam pengagihan makanan. Fikirkan ketidakadilan dan penyalahgunaan yang tidak dapat dipisahkan daripada perusahaan tersebut. Fikirkan beban tanggungjawab yang perlu ditanggung kerajaan.

Para sosialis yang mereka-cipta kebodohan ini, dan pada saat genting menanamnya ke dalam minda orang ramai, secara bersahaja menganggap diri mereka sebagai “berpandangan ke hadapan”, dan penggunaan ini mempunyai bahayanya tersendiri, kezaliman terhadap bahasa untuk mengesahkan tanda pada perkataan serta penghakiman mereka. “Berpandangan ke hadapan” adalah satu anggapan bahawa mereka ini dapat melihat ke hadapan lebih jauh berbanding orang biasa; konon kesalahan mereka hanyalah kerana mereka lebih terkehadapan; dan bahawa, jika masa masih belum tiba untuk perkhidmatan persendirian tertentu yang dianggap parasit itu boleh dihapuskan, kesalahan dikatakan pada orang awam yang dianggap tidak memahami sosialisme. Pada fikiran dan pengetahuan saya, kebenarannya bertentangan dan saya tidak tahu setakat mana kita mahu kembali ke abad yang kejam untuk memahami bahawa pemahaman ini adalah setara dengan sosialis.

Kelompok sosialis moden secara berterusan menentang pertubuhan bebas dalam masyarakat hari ini. Mereka tidak sedar bahawa masyarakat bebas adalah jenis hubungan yang benar dan lebih unggul berbanding semua khayalan mereka.

Mari kita jelaskannya dengan contoh:

Bagi seorang lelaki, selesai bangun dari tidur pada paginya, boleh memakai satu set pakaian yang lengkap, sebidang tanah yang subur untuk diairi, diusahakan tanaman, sejumlah biri-biri yang perlu makan; yang bulunya akan diambil, dipintal, dianyam, diwarna serta ditukar menjadi kaun; kain ini nanti akan dipotong, dijahit dan dibentuk menjadi sehelai pakaian. Siri operasi ini ini tersirat hubungan pemilikan bersamanya; dari penggunaan pertanian berkaitan biri-biri, pengambilan bulunya, kilang, arang batu, mesin dan sebagainya.

Jika kerjasama masyarakat bukan satu hubungan yang tulen, siapa yang mahu satu set pakaian perlu melakukan semuanya bersendiri, iaitu membuat semua pekerjaan dalam proses ini daripada inisiatif pertama sehinggalah jahitan jarum benang terakhir untuknya.

Berkat kesediaan bekerjasama iaitu satu ciri khas yang penting spesis kita, semua operasi ini diagihkan di kalangan para pekerja yang ramai dan mereka terus membahagikan tugas di kalangan mereka dengan lebih banyak untuk kebaikan bersama sehingga satu tahap, kerana permintaan itu tinggi, satu daripada pengkhususan operasi ini cukup untuk membina industrinya tersendiri. Kemudian tiba kepada pembahagian hasil, sesuai dengan bahagian yang disumbangkan untuk penghasilan keseluruhan kerja. Jika ini bukan disebabkan kerjasama, saya sangat ingin tahu apakah ia?

Perhatikan bahawa, kerana tidak ada seorang pekerja pun menghasilkan partikel kecil daripada bahan mentah yang asal, mereka antara satu dengan lain dibatasi oleh perkhidmatan yang dipersetujui, untuk saling membantu mendapatkan hasil akhir bersama; dan semua ini boleh dianggap, setiap kumpulan dan hubungannya dengan yang lain, sebagai perantara. Sebagai contoh, jika dalam satu operasi, pengangkutan menjadi cukup penting sehingga memerlukan penggajian seorang pekerja; kedua, pemutar dan ketiga, penenun; kenapa yang pertama dianggap sebagai parasit berbanding yang lain? Adakah pengangkutan sememangnya tidak diperlukan? Apakah seseorang tidak menyediakan masa dan tenaga untuk melakukan tugas tersebut? Bukankah dia menyediakan masa dan tenaganya untuk hubungan kerjasama tadi? Adakah mereka yang lain berbuat lebih daripadanya atau melakukan sesuatu yang berbeza? Bukankah mereka sama tertakluk kepada bayaran, iaitu bahagian daripada hasil, pada undang-undang yang membataskannya pada harga yang dipersetujui ketika proses tawar menawar? Bukankah pembahagian kerja dan tatacara ini diputuskan dalam persekitaran penuh kebebasan, memenuhi kepentingan umum? Maka, apakah kita memerlukan sosialis, dengan dalih kata perancangan, untuk datang dan merosakkan tatacara sukarela yang dibuat, untuk mematikan proses pembahagian kerja, mengganti kerja-kerja yang terpencil dengan usaha bersama serta membelakangi kemajuan tamadun?

Adakah hubungan kerjasama yang saya jelaskan di sini kurang berbanding hubungan kerjasama yang biasa kerana setiap orang masuk dan keluar daripada prosesnya secara sukarela, memilih posisi di dalamnya, menghakimi dan menawar untuk diri mereka sendiri, di bawah tanggungjawabnya sendiri, dan menjadikannya satu daya dan jaminan kepada kehendak peribadinya? Bagi sebuah hubungan kerjasama mendapatkan namanya, bukankah apa yang dipanggil pembaharu perlu datang dan memperkenalkan formula serta kehendaknya terhadap kita dan memberi fokus kepada dirinya sendiri, dan bercakap, secara manusiawi?

Lebih banyak seseorang memeriksa aliran pemikiran “pandangan ke hadapan” ini, lebih yakin seseorang bahawa mereka bersandang kepada kejahilan dengan mendakwa pandangan dirinya kukuh sambil menuntut kuasa despotik atas nama keteguhan tersebut.

Saya berharap pembaca dapat memberi alasan kepada penyimpangan ini. Ianya mungkin tidak sepenuhnya sia-sia ketika ini, datang langsung daripada buku Saint-Simonians, para penyokong phalanstère dan pengkagum kritikan Icaria (4) terhadap orang tengah antara media dan Dewan Perhimpunan; dan mengancam serius kebebasan pertukaran tenaga kerja.

Nota kaki:

(1)       Beberapa kegagalan dalam tanaman bijian dan kentang di utara dan Eropah
Barat pada 1846 menyebabkan kenaikan harga makanan pada waktu itu 1847, tahun yang disebut “roti kesayangan” dan tahun muram untuk pertanian, perindustrian, serta kemelesetan kewangan.

(2)       “Kelaparan ialah penasihat yang jahat.” Virgil Aeneid VI, 276.

(3)       Pengarang sering menggunakan anggapan kebenaran yang dihubungkan dengan penerimaan sejagat serta ditunjukkan dengan amalan semua orang. Rujuk khususnya Bab 13 Economic Sophism, akhir Bab 6 Esei (dalam edisi French) dan dalam Economic Harmonies, apendik kepada Bab 6 bertajuk “Moral Kekayaan” (Morality of Wealth).

(4)       Merujuk kepada Claude Henri de Rouvroy, Comte de Saint-Simon (1760-1825), pengasas bersejarah kepada Sosialisme French; kepada phalanstère, atau bangunan awam, yang dicadangkan oleh Francois Marie Charles Fourier pada1832 dalam akhbarnya Le Phalanstère kepada rumah “phalanges” kepada 16,000 orang di bawah skim sosialistik; dan kepada Voyage to Icaria, sebuah buku utopia oleh Étienne Cabet (1788-1856).

Tag .

Kenali AkademiMerdeka.org

AkademiMerdeka.org ialah satu projek pendidikan ide-ide libertarianisme dalam Bahasa yang dijalankan oleh Atlas Global Initiative for Free Trade, Peace and Prosperity.

Langgan feed RSS

Ikuti melalui Twitter

Sertai kami di Facebook

Kenali kami sepenuhnya »

© 2012 AkademiMerdeka.org