13/07/2010

Tulisan F. A. Hayek mengenai Frederic Bastiat

Sungguhpun ada yang mempersoalkan tentang kehebatan atau keunggulan Frederic Bastiat sebagai seorang ahli teori ekonomi, namun begitu mereka akan mengatakan bahawa dia adalah seorang penyebar publisiti yang genius. Joseph Schumpeter menggelar beliau sebagai “jurnalis ekonomi yang terbaik pernah dilahirkan”. Untuk tujuan memperkenalkan jilid terkini, di mana terkandung beberapa artikel terbaik Bastiat untuk masyarakat umum, kita tinggalkan dahulu pandangan tersebut. Seseorang mungkin akan menerima penilaian kasar Schumpeter mengenai Bastiat yang “beliau bukannya seorang ahli teori ekonomi pun” tanpa mengurangkan ketinggian reputasinya.

Adalah benar apabila pada hujung kerjayanya yang sangat singkat sebagai seorang penulis, dia cuba untuk menyediakan satu justifikasi secara teori mengenai konsepnya secara umum dan ini sama sekali tidak memberi penjelasan yang menyeluruh kepada golongan profesional. Ia sememangnya akan menjadi satu keajaiban sekiranya seorang lelaki yang mana selepas 5 tahun bekerja sebagai seorang penulis tetap tentang isu- isu hal ehwal ruang awam mencuba dalam beberapa bulan; dan dengan penyakit yang dialaminya, serta dengan masih mempertahankan konsep yang dibawanya sama sekali berbeza dengan prinsip doktrin lama – untuk berjaya sepenuhnya. Namun, orang boleh bertanya bahawa bukan sahaja kematiannya pada umur 49 tahun adalah perkara yang menjadi penghalang baginya. Penulisan-penulisan beliau yang menimbulkan kontroversi dan polemik, yang merupakan tinggalan yang sangat penting setelah kematian beliau, membuktikan bahawa beliau mempunyai firasat tentang apa yang signifikan dan bakat menentukan perkara sebenar disebalik banyak isu, maka ini menyediakan bahan-bahan yang cukup kepadanya sebagai sumbangan sebenar dalam dunia sains.

Tidak ada ilustrasi tentang perkara ini yang lebih baik daripada esei pertama beliau dalam “Apa yang dapat dan tidak dapat dilihat dalam ekonomi politik!” Tidak ada orang yang pernah menyatakan dengan lebih jelas dalam satu frasa tahap kesukaran mengenai kemunasabahan polisi ekonomi dan, saya ingin menambah, hujah penentuan untuk kebebasan ekonomi. Ianya idea ini yang dipadatkan kepada hanya beberapa perkataan yang membuatkan saya menggunakan perkataan “genius” dalam ayat pendahuluan di atas. Ia sesungguhnya adalah satu teks yang menghuraikan secara terperinci keseluruhan sistem dan polisi ekonomi golongan liberal. Dan walaupun ia merupakan tajuk bagi hanya artikel pertama bagi jilid ini, ia memberikan gambaran idea untuk semua. Bastiat telah mengilustrasikan maksudnya secara berulang-ulang kali dalam menyangkal kepalsuan yang berlaku ketika zamannya. Saya akan menyatakan kemudian yang walaupun pandangan yang ditentangnya ketika itu kini telah wujud dalam bentuk yang lain yang lebih rumit, secara asasnya perubahan tersebut adalah tidak banyak berbeza dari zaman Bastiat. Tetapi sebelum itu, saya ingin menyatakan beberapa perkara tentang kepentingan dan signifikasi idea pusat yang dihasilkannya.

Ianya mudah iaitu sekiranya kita mengukur polisi ekonomi itu bersandarkan kesan yang boleh dilihat dalam tempoh masa yang singkat dan konkrit, kita tidak hanya akan mencapai keteraturan yang mudah tetapi dengan pasti kita akan menghapuskan kebebasan secara berperingkat-peringkat dan oleh itu menghalang lebih banyak kebaikan dari yang boleh dicapai oleh tindakan kita. Kebebasan adalah sangat penting kerana semua individu berbeza akan dapat memanfaatkan keadaan tertentu yang hanya mereka ketahui dan mampu melakukannya. Oleh kerana ini, kita tidak akan tahu apakah tindakan bermanfaat yang akan kita halangi sekiranya kita menghadkan kebebasan mereka untuk berkhidmat dalam apa cara pun yang mereka mahu. Semua tindakan yang masukcampur adalah sama dengan menghalang atau had-had kepada kebebasan. Lagipun tindakan-tindakan sebegitu selalunya diambil untuk mencapai objektif-objektif tertentu. Dalam setiap kesan nyata dan langsung dari tindakan kerajaan, kita dapat mengimbangkannya dalam setiap kes individu hanya kemungkinan bahawa sesuatu yang kita tidak ketahui tetapi bermanfaat kepada individu,akan dihalangi. Akibatnya, jika keputusan-keputusan kerajaan dibuat terhadap kes-kes tertentu dan bukannya diasaskan kepada prinsip kebebasan, ‘kebebasan’ tentu akan kalah dalam hamper setiap kes. Bastiat memang betul apabila menganggap kebebasan untuk memilih sebagai prinsip moral yang tidak boleh dikorbankan hanya kerana pertimbangan keperluan dan kesesuaian; kerana mungkin tidak ada bentuk kebebasan yang tidak akan musnah jika kita hanya kekalkan sebahagian bentuk kebebasan yang kita terus dapat pastikan kerosakan konkrit sekiranya tanpanya.

Bastiat mengarahkan hujah-hujahnya kepada kepalsuan-kepalsuan tertentu yang selalu diulang-ulang dan digunapakai pada zamannya. Tidak ramai orang yang mahu mengguna kepalsuan itu dengan naïf seperti yang boleh dilakukan pada waktu dahulu. Tetapi janganlah pembaca cuba menyedapkan hati dan mengatakan kepalsuan itu tidak lagi berperanan penting dalam perbincangan ekonomi kontemporari: kepalsuan itu sekarang dimanifestasikan dalam bentuk yang lebih canggih maka ianya lebih sukar untuk dikesan. Pembaca yang sudah belajar untuk mengenali kepalsuan-kepalsuan ini dalam bentuk lama sekurang-kurangnya akan berhati-hati apabila dia menjumpai kesimpulan yang sama tetapi kononnya dibuat daripada proses mengkaji hujah baru yang lebih saintifik. Ciri-ciri ekonomi kebelakangan ini ialah dengan setiap hujah baru ia mahu membuktikan benar prejudis lama yang menarik seperti: berbelanja itu bagus, dan menabung adalah tidak bagus; pembuangan memberi manfaat dan ekonomi(berjimat-cermat) membahayakan orang ramai; wang akan lebih berguna jika ditadbir oleh kerajaan dan bukan oleh rakyat; ianya adalah tugas kerajaan untuk memastikan setiap orang mendapat apa yang dia layak; dan sebagainya.

Tiada satupun dari idea-idea ini telah hilang pengaruhnya pada zaman sekarang. Cuma bezanya ialah, Bastiat, dalam memerangi hujah-hujah tersebut, sepenuhnya berada pada pihak ahli ekonomi professional berhujah dengan kepercayaan popular yang dieksploitasikan oleh golongan berkepentingan, walhal hujah seperti itu sekarang disebarkan oleh golongan ahli ekonomi yang berpengaruh dengan cara yang sangat mengagumkan dan kadang-kadang tidak dapat difahami oleh rakyat biasa. Tidak dapat dipastikan jika ada walau satupun dari kepalsuan-kepalsuan yang kita harapkan Bastiat telah tumpaskan terus pada zamannya tidak dibangkitkan semula sekarang. Saya akan berikan cuma satu contoh. Kepada penceritaan paling terkenal kisah ekonomi Bastiat, Petisyen Pembuat Lilin menentang persaingan Matahari (terkandung dalam jilid sampingan untuk koleksi ini), yang mana di dalamnya diminta supaya tingkap-tingkap patut dilarang penggunaannya kerana manfaat dari kemakmuran pembuat lilin akan dinikmati semua orang, sebuah buku teks terkenal Perancis tentang sejarah ekonomi dalam edisi terkininya ditambah nota kaki berikut: “Ianya perlu diingat bahawa menurut Keynes- mengenai anggapan kekurangan pekerjaan dan menurut teori penggandaan (‘multiplier’)- hujah pembuat lilin ini (yang meminta kita jangan membuat tingkap) secara literal dan sepenuhnya adalah sah.”

Pembaca yang teliti akan nampak bahawa, sementara Bastiat bergulat dengan begitu banyak penyelesaian ekonomi yang biasa kita lihat, satu daripada bahaya utama pada zaman kita tidak muncul dalam tulisannya. Walaupun beliau harus berdepan dengan pelbagai cadangan pelik untuk menggunakan kredit yang merupakan arus zaman itu, inflasi secara langsung melalui defisit kerajaan tidak nampak merisaukan sangat pada waktu itu. Peningkatan perbelanjaan, pada Bastiat, bererti sepatutnya dan dengan pantas adalah peningkatan dalam hasil cukai. Alasannya adalah, seperti dengan semua orang yang telah melalui sebuah inflasi besar sepanjang memori sejarah, depresiasi berterusan nilai wang bukanlah hal yang akan diterima orang pada zamannya. Jadi, jika pembaca cenderung untuk merasa lebih kebal dengan kepalsuan-kepalsuan mudah yang sering Bastiat rasa perlu ditolak, pembaca harus ingat bahawa dalam beberapa hal lain warga sezaman Bastiat lebih dari seratus tahun yang lalu itu adalah jauh lebih bijaksana daripada generasi kita.

Diadaptasi daripada http://www.econlib.org/library/Bastiat/basEss0.html

Tag .

Kenali AkademiMerdeka.org

AkademiMerdeka.org ialah satu projek pendidikan ide-ide libertarianisme dalam Bahasa yang dijalankan oleh Atlas Global Initiative for Free Trade, Peace and Prosperity.

Langgan feed RSS

Ikuti melalui Twitter

Sertai kami di Facebook

Kenali kami sepenuhnya »

© 2012 AkademiMerdeka.org