Orang-orang Libertarian memerlukan Charles Darwin. Mereka perlukan beliau kerana sains Darwin tentang evolusi manusia menyokong idea liberal klasik.
Dalam ulasannya tentang karya Darwin, ‘Origin of Species’ pada tahun 1860, Thomas Huxley menyatakan, “setiap pemikir falsafah mengangkat karya ini sebagai senjata Whitworth di gudang senjata liberalisme”. Pistol Whitworth adalah sejenis pistol baru yang diisi pelurunya secara songsang – senjata yang ampuh yang sangat berkesan, untuk liberalisme.
Pada tahun 1860, liberalisme bermaksud liberalisme klasik – tradisi moral dan politik tentang kebebasan individu difahami sebagai hak individu untuk bebas dari paksaan selama mana mereka menghormati kebebasan samarata orang lain. Menurut kaum liberal, tujuan utama kerajaan adalah untuk melindungi hak-hak individu dari tindakan kekerasan dan penipuan, yang meliputi hak menegakkan undang-undang kontrak dan hak milik peribadi. Mereka fikir watak moral dan intelektual manusia itu terbentuk dengan tertib bukan kerana pemaksaan kerajaan, tetapi dalam tindakan sukarela semulajadi pergerakan dan persatuan masyarakat sivil.
Walaupun Darwin dalam penulisan saintifiknya tidaklah sebegitu nyata seperti Herbert Spencer dalam mengesahkan hujah terevolusi untuk liberalisme, mereka seperti Huxley melihat bahawa sains Darwin menyokong liberalisme. Darwin sendiri merupakan seorang penyokong kuat Parti Liberal dan polisi-polisi liberalnya. Beliau diberikan penghormatan apabila William Gladstone (tokoh veteran Parti Liberal) melawatnya di rumah beliau di Down dalam tahun 1877.
Seperti orang-orang liberal lain, Darwin menyanjungi dan mempraktikkan kebaikan sikap menolong diri sendiri, seperti yang dipromosikan dalam buku popular Samuel Smiles, ‘Self-Help’, dengan kisah-kisahnya yang menceritakan individu-individu yang berjaya atas daya usaha sendiri. Darwin telah aktif dalam kegiatan-kegiatan kebajikan jemaah gerejanya. Beliau merupakan bendahari untuk persatuan ‘Friendly Society’ di tempatnya. Di Great Britain, persatuan-persatuan ‘Friendly Society’ adalah kumpulan independen buruh-buruh kerja kasar yang mengongsikan sumber-sumber mereka dan berikrar akan membantu antara satu sama lain pada masa kesusahan. Dengan cara ini, individu-individu boleh memastikan kebajikan sosial masing-masing terjaga dan memperolehi watak yang baik melalui pertolongan sukarela antara ahli-ahli tanpa keperluan untuk diarah oleh kerajaan.
Darwin juga aktif dalam kempen antarabangsa menentang perhambaan, salah satu perjuangan utama pihak liberal pada zamannya. Dalam buku terbaru mereka, ‘Darwin’s Sacred Cause’, (Perjuangan Suci Darwin) Adrian Desmond dan James Moore telah menunjukkan yang kebencian Darwin terhadap perhambaan merupakan salah satu motivasinya untuk menulis The Descent of Man (Kejatuhan Manusia), yang didalamnya beliau mengesahkan kemanusiaan itu universalnya sebagai dimiliki oleh satu spesis, menentang sains rasis pro-perhambaan mereka yang mendakwa sesetengah manusia tergolong dalam spesis berasingan iaitu hamba-hamba abdi.
Juga di dalam The Descent of Man, Darwin menunjukkan yang orde moral dalam kehidupan manusia lahir melalui rasa moral semulajadi seperti terbentuk oleh evolusi organik dan kebudayaan. Beliau dengan itu telah memberikan asas saintifik untuk liberalisme moral David Hume, Adam Smith, dan ahli-ahli falsafah Scotland yang lain, yang berhujah bahawa sifat-sifat baik moral dan intelektual bolehjadi timbul melalui keteraturan spontan sifat alami manusia dan budaya manusia.
Darwin dan para Libertarian
Seseorang mungkin menyangka yang orang-orang libertarian hari ini –yang meneruskan tradisi liberalism klasik – akan menerima Darwin dan sains evolusi sebagai menyokong posisi mereka.
Tetapi para libertarian masih tidak pasti tentang Darwin dan Darwinisma. Ketidakpastian itu jelas, contohnya, di dalam ‘The Encyclopedia of Libertarianism’, yang diedit oleh Ronald Hamowy, dibawah penajaan Cato Institute. Tiada bab dalam ensiklopedia itu khusus untuk Charles Darwin. Tetapi terdapat bab untuk Herbert Spencer, Darwinisme Sosial,dan Psikologi Evolusi. Dalam bab-bab ini dan yang lain, seseorang dapat melihat pembayangan bahawa libertarianisme boleh disusurgalurkan pada sains Darwinian tentang sifat semulajadi manusia. Tetapi boleh juga dilihat cadangan-cadangan bahawa sains Darwin punyai sedikit atau tiada langsung aplikasi untuk pemikiran libertarian.
Bab tentang Psikologi Evolusi ditulis oleh Leda Cosmides dan John Tooby, pengasas-pengasas tradisi penyelidikan yang dipanggil “evolutionary psychology.”(psikologi berevolusi). Mereka menunjukkan bahawa psikologi evolusi dimulakan oleh Darwin. Mereka mengatakan bahawa tujuannya adalah untuk memetakan sifat-sifat manusia sebagai berakar dalam seni bina fikiran manusia yang berkembang. Mereka meringkaskan beberapa sifat-sifat perkembangan manusia ini, termasuk pemikiran tentang pertukaran sosial dan pengesanan penipu yang memberikan asas kognitif untuk perdagangan dan sentimen moral yang memungkinkan keteraturan moral. Mereka kontraskan idea kemanusiaan yang bersifat universal dengan idea bahawa fikiran manusia itu sebuah bongkah kosong yang selama-lamanya boleh ditempa dengan pelajaran sosial. Mereka mengatakan bahawa idea palsu dari bongkah kosong ini menjelaskan kegagalan percubaan kejuruteraan sosial yang menyangkal sifat-sifat kemanusiaan, seperti yang ditunjukkan oleh kegagalan rejim komunis. Ini semua menunjukkan bahawa psikologi evolusi Darwin boleh menyokong pandangan libertarian tentang sifat-sifat manusia.
Tetapi Cosmides dan Tooby juga meragukan kesimpulan ini. Walaupun pelaksanaan cadangan dasar awam harus mengambil kira sifat-sifat manusia, mereka mengatakan, “kedudukan yang paling sentral untuk libertarianisme – bahawa hubungan manusia harus berdasarkan persetujuan sukarela dari individu-individu yang terlibat – membuat sedikit sahaja jika pun ada, andaian tentang sifat-sifat manusia. “Mereka tidak menjelaskan apa yang mereka maksudkan dengan hal ini. Salah satu tafsiran adalah bahawa mereka membuat perbezaan fakta-nilai, dan mengesyorkan bahawa sementara perhitungan cara untuk mencapai matlamat adalah penilaian faktual yang mungkin terbuka untuk kajian saintifik, penilaian moral untuk matlamat – seperti nilai kebebasan individu – adalah sebuah penilaian normatif yang berada di luar lingkungan kajian saintifik.
Mungkin pemikiran mereka lebih jelas dinyatakan oleh Will Wilkinson dalam eseinya tentang “Kapitalisma dan Sifat Manusia”.
Kita tidak boleh berharap untuk menjumpai pelajaran politik yang positif dari psikologi evolusi. Hal ini dapat memberitahu kita sesuatu tentang jenis masyarakat yang akan cenderung untuk tidak berjaya, dan mengapa. Tetapi ia tidak dapat memberitahu kita bentuk masyarakat mana yang boleh diwujudkan, yang kita harus cita-citakan. Kita ternyata tidak boleh menyimpulkan kesemulajadian kapitalisme dari kegagalan menonjol komunisme untuk menyesuaikan sifat-sifat manusia. Juga tidak harus kita terpengaruh untuk menyimpulkan yang perkara semulajadi itu lebih baik. Mengais-ngais dalam keadaan setengah telanjang untuk mencari kacang-kacang dan buah beri adalah alami, semulajadi, manakala Bursa Saham New York dan operasi bedah jantung terbuka akan mengejutkan fikiran nenek moyang kita.
Wilkinson menghujahkan bahawa dalam pada sifat-sifat manusia berevolusi menghadkan kemungkinan keteraturan susunan sosial, gerakan bersejarah ke arah kapitalisme liberal – peralihan dari pertukaran peribadi kepada yang bukan peribadi – merupakan suatu lompatan “budaya yang besar,” sebagaimana ditekankan oleh Friedrich Hayek. Dalam batas-batas yang ditetapkan oleh sifat-sifat manusia berevolusi, kemunculan kapitalisma liberal bergantung pada evolusi budaya. “Kita telahpun, melalui budaya, meningkatkan sifat-sifat yang memudahkan kepercayaan dan kerjasama, sifat berpersatuan dan gabungannya serta naluri meningkatkan status diri ke arah mencari penggunaan produktif, dan membina di atas sifat kecurigaan semulajadi kita kepada ‘kekuasaan’-keupayaan untuk mempertahankan kebebasan kita.”
Kebergantungan liberalisme klasik ke atas kebudayaan evolusi ini juga diberikan penekanan oleh George Smith dalam bab ensiklopedianya tentang Darwinisma Sosial dan Herbert Spencer. Smith berpendapat bahawa pandangan Spencer tentang evolusi adalah berciri-ciri ‘Lamarck’, oleh itu sangat berbeza dari pandangan Darwin. Sementara konsep berciri-ciri ‘Lamarck’ Spencer tentang evolusi melalui pewarisan ciri-ciri yang dibentuk telah ditolak dan dianggap sebagai teori biologi, Smith mengamati, ini sebenarnya merupakan sebuah pendekatan yang lebih baik untuk memahami sejarah sosial daripada pendekatan biologi Darwin. Evolusi sosial – termasuk evolusi kapitalisme liberal – benar-benar adalah Lamarck yakni amalan-amalan sosial yang berjaya untuk satu generasi boleh diteruskan ke generasi seterusnya melalui pembelajaran sosial sebagai sistem warisan budaya. Yang paling penting untuk Spencer, bergerak dari rejim status berdasarkan eksploitasi pemaksaan kepada rejim kontrak berdasarkan kerjasama sukarela adalah proses evolusi kebudayaan dan bukannya evolusi biologi. Smith menyarankan, kerana itu, bahawa prinsip kebebasan samarata liberal tidak muncul dari sifat biologi, tetapi dari sejarah budaya.
Tambahan lagi, Smith berpendapat, Spencer dan ahli liberal klasik lain memahami bahawa persaingan pasaran adalah berbeza secara radikal dari persaingan biologi. Persaingan biologi adalah permainan ‘zero-sum’ di mana kelangsungan hidup satu organisma adalah dengan mengorbankan orang lain dalam bersaing untuk sumber terhad yang sama. Tapi persaingan pasaran adalah permainan ‘positif-sum’ di mana semua peserta boleh mendapat fedah dari pertukaran sukarela dengan satu sama lain. Dalam masyarakat liberal pasaran bebas berdasarkan pertukaran sukarela, kejayaan bergantung pada pujukan, bukan paksaan, sebab kita harus memberikan kepada orang lain apa yang mereka inginkan untuk mendapatkan apa yang kita inginkan. Smith menyimpulkan: “Justeru, setepatnya dalam masyarakat bebas teori Darwinisma Sosial adalah tidak sah.”
Ada masalah besar dengan analisis Smith. Jika Darwinisma Sosial bermaksud menjelaskan semua tata atur sosial melalui evolusi biologi berdasarkan pada persaingan zero-sum, lalu Darwin bukanlah seorang ahli Darwinisma Sosial.
Darwin melihat bahawa makhluk sosial secara alami adalah cenderung untuk bekerja sama dengan satu sama lain untuk saling menguntungkan. Kerangka sosial dan moral manusia timbul sebagai lanjutan kecenderungan alami ini untuk kerjasama sosial berdasarkan kerabat, kebersamaan, dan saling memberibalas. Kajian moden Darwin tentang evolusi kerjasama menunjukkan yang kerjasama tersebut adalah permainan positive-sum.
Selain itu, Darwin menerima pemikiran Lamarck tentang apa yang dia sebut “mewarisi kesan jangka panjang bahagian-bahagian organ yang digunakan atau tidak digunakan.” Dan dia melihat bahawa kemajuan moral dan sosial manusia lebih banyak datang melalui evolusi budaya dengan belajar sosial daripada melalui evolusi biologi oleh seleksi alami. Penalaran Darwin telah disahkan oleh kajian terkini tentang perkongsian evolusi genus-budaya (gene-culture co-evolution). Seperti ditunjukkan oleh Eva Jablonka dan Marion Lamb, pemahaman yang luas tentang evolusi harus meliputi empat sistem pewarisan evolusi – genetik, epigenetik, perilaku, dan simbolik.
Liberalisme Darwin menggabungkan etika Aristotle tentang keunggulan sosial dan politik kebebasan individu ala Locke. Ini adalah sejenis liberalisme yang telah baru-baru ini dipertahankan oleh Douglas Rasmussen dan Douglas Den Uyl dalam buku-buku mereka Kebebasan dan Alam (Liberty and Nature) dan Norma-norma Kebebasan (Norms of Liberty) dan oleh Den Uyl dalam bukunya “The Virtue of Prudence”.
Kepada sesiapa yang mengetahui sokongan advokasi saya terhadap “Kekonservatifan Darwinian,” ia tentu Nampak janggal sekarang apabila saya sekarang berhujah untuk “Liberalisme Darwinian.” Tetapi konservatisma yang saya bela adalah kekonservatifan liberal yang menggabungkan keprihatinan libertarian untuk kebebasan dan kepedulian tradisionalis untuk sifat mulia. Hal ini mirip dengan konservatisma “fusionist” Frank Meyer, yang dekat dengan liberalisme ala Aristotle Rasmussen dan Den Uyl.
Untuk melihat bagaimana ilmu sains Darwin menyokong liberalisme klasik, kita harus melihat bagaimana prinsip-prinsip kebebasan samarata liberal muncul dari interaksi yang kompleks dari keinginan-keinginan semulajadi, tradisi budaya, dan penilaian-penilaian individu.
Keinginan-keinginan Semulajadi
Jika yang baik itu adalah yang diinginkan, lalu ilmu sains Darwin dapat membantu kita memahami kebaikan manusia dengan menunjukkan kepada kita bagaimana keinginan semulajadi kita berakar dalam sifat-sifat manusia yang sudah berevolusi. Dalam Hak Semulajadi Darwinian (Darwinian Natural Right) dan Konservatisma Darwin (Darwinian Conservatism), saya telah mengemukakan hujah bahawa sekurang-kurangnya ada 20 keinginan semulajadi yang secara universal diekspresikan dalam semua masyarakat manusia kerana mereka telah dibentuk oleh evolusi genetik sebagai kecenderungan semulajadi spesies manusia. Manusia umumnya inginkan hidup yang lengkap, penjagaan orang tua, identiti seksual, hubungan seksual, ikatan keluarga, persahabatan, status sosial, keadilan sebagai balasan timbal balik, kuasa politik, keberanian dalam perang, kesihatan, kecantikan, harta, pengucapan kehendak, pembiasaan praktikal, penalaran praktis, seni praktikal, kesenangan estetika, pemahaman agama, dan pemahaman intelektual.
Dalam tulisan-tulisan Darwin tentang evolusi manusia – khususnya, Kejatuhan Manusia (The Descent of Man) dan Ekspresi Emosi dalam Manusia dan Haiwan (The Expression of the Emotions in Man and Animals) – dia mengambil kira 20 keinginan-keinginan ini sebagai sebahagian dari sifat biologi manusia. Kita sekarang mempunyai bukti antropologis – diselidiki oleh Donald Brown dan lain-lain – bahawa ada beratus-ratus sifat universal manusia, yang berlingkung di sekitar 20 keinginan-keinginan ini. Ahli psikologi yang mempelajari motivasi manusia dalam spektrum pelbagai budaya mengenali keinginan-keinginan ini sebagai memanifestasikan motif dasar untuk tindakan manusia.
Rasmussen dan Den Uyl mengenalpasti pengakhiran semulajadi tindakan manusia sebagai sesuai dengan senarai perkara generik yang menyerupai senarai 20 keinginan semulajadi saya. Senarai perkara generik mereka termasuklah kesihatan, kecantikan, kekayaan, kehormatan, persahabatan, keadilan, usaha-usaha kesenian dan intelektual.
Kenyataan saya bahawa kebaikan adalah apa yang dikehendaki akan mencetuskan rasa tidak puas hati daripada beberapa ahli falsafah bahawa saya mengabaikan perbezaan antara fakta dan nilai-nilai atau kenyataan dan apa yang seharusnya. Mereka akan berkeras bahawa kita tidak dapat menyimpulkan nilai-nilai moral dari fakta-fakta semulajadi. Dari kenyataan bahawa kita secara semulajadi menginginkan sesuatu, mereka berkata, kita tidak boleh membuat kesimpulan bahawa ianya bagus dari segi moralnya bagi kita untuk menginginkannya.
Tetapi saya katakan bahawa tidak ada keinginan yang hanya faktual dipisahkan dari keinginan preskriptif, yang akan menciptakan dikotomi fakta/nilai. Apa pun yang kita inginkan kita melakukannya kerana kita menilai bahwa hal itu benar-benar dikehendaki untuk kami. Jika kami mendapati bahawa kami tersilap – kerana apa yang kita inginkan tidak benar-benar dikehendaki untuk kita – maka kita sudahpun termotivasi untuk memperbaiki kesalahan kita. Sebahagian besar perbincangan pertimbangan moral Darwin adalah tentang bagaimana manusia menghukumi keinginan mereka berdasarkan pengalaman masa lalu dan harapan masa depan kerana mereka berusaha untuk mencapai kepuasan harmonis dari keinginan mereka selama seumur hidup, dan banyak dari pertimbangan moral dan intelektual menyalakan pengalaman penyesalan ketika manusia menyedari bahawa mereka telah menyerah pada keinginan sesaat yang bertentangan dengan keinginan mereka yang lebih kekal.
Setiap kali seorang ahli falsafah moral memberitahu bahawa kita harus melakukan sesuatu, kita selalu boleh bertanya, “Kenapa?” Satu-satunya jawapan utama untuk pertanyaan itu ialah kerana ianya diinginkan oleh anda – ia akan memenuhi anda atau membuat anda gembira dengan menyumbang kepada perkembangan kemanusiaan anda.
Tetapi walaupun kita tahu apa yang secara umum atau secara generiknya baik bagi manusia, ini tidak memberitahu kita apa yang baik bagi individu tertentu dalam situasi tertentu. Walaupun 20 keinginan-keinginan semulajadi merupakan kebaikan-kebaikan universal dalam kehidupan manusia, organisasi terbaik atau kedudukan keinginan-keinginan tersebut atas seluruh perkara dalam kehidupan bervariasi mengikut kesesuaian temperamen individu dan situasi sosial. Jadi, misalnya, hidup berfalsafah di mana keinginan semulajadi untuk memahami perkara intelektual menduduki kedudukan lebih tinggi daripada keinginan lain adalah yang terbaik untuk Socrates dan orang-orang seperti beliau, tetapi bukan untuk orang lain.
Biologi evolusi membolehkan kita untuk memukulrata kesimpulan tentang keinginan semulajadi sebagai perkara-perkara universal dari sifat-sifat manusia terevolusi. Tetapi biologi evolusi juga mengajarkan kita bahawa setiap organisma individu adalah unik. Lagipun, teori evolusi Darwin memerlukan variasi individu. Bahkan kembar seiras adalah tidak benar-benar seiras. Evolusi biologi juga mengajarkan kita bahawa adaptasi evolusi manusia membolehkan tindakbalas fleksibel kepada pelbagai keadaan persekitaran fizikal dan sosial, yang merupakan sebab mengapa otak manusia telah berevolusi untuk bertindakbalas secara fleksibel terhadap sejarah kehidupan setiap individu yang unik.
Jika tidak ada satupun cara hidup yang terbaik bagi semua individu dalam segala situasi, maka masalah bagi setiap komuniti manusia adalah bagaimana untuk mengatur kehidupan sosial agar individu-individu dapat mengejar konsepsi kebahagiaan mereka yang pelbagai itu tanpa terjerumus ke dalam konflik. Dan kerana manusia itu secara semulajadinya adalah makhluk sosial, mengejar kebahagiaan tersebut memerlukan penglibatan bersama-sama. Membiarkan manusia untuk hidup bersama sebagai anak-anak, orang tua, pasangan, teman, rakan, dan warga negara tanpa memaksakan satu konsep penentuan sebagai cara terbaik untuk kehidupan untuk setiap individu adalah apa yang Rasmussen dan Den Uyl kenalpasti sebagai “masalah liberalisme.”
Penyelesaian liberalism untuk masalah ini adalah untuk membezakan antara tatacara politik Negara sebagai yang melindungi kebebasan individu dan tatacara moral masyarakat sebagai membentuk watak yang soleh. Sementara masyarakat politik liberal tidak memaksakan hanya satu konsepsi penentuan kebaikan manusia, ia menegakkan norma-norma tatacara perilaku damai yang menjamin kebebasan individu untuk membentuk keluarga, kelompok sosial, dan syarikat kerjasama yang memanifestasi kepelbagaian konsepsi mereka tentang kebaikan manusia.
Tradisi-tradisi Budaya
Keinginan semulajadi mengehadkan tetapi tidak menentukan tradisi-tradisi budaya. Jika saya adalah betul tentang senarai 20 keinginan-keinginansemulajadi, ini merupakan standard universal bagi apa yang secara umumnya adalah baik bagi manusia secara semulajadinya, dan kita boleh menilai tradisi budaya melalui berapa bagusnya mereka mematuhi keinginan-keinginan semulajadi ini. Jadi, misalnya, kita boleh menilai tradisi utopia sosialis sebagai kegagalan, kerana usaha mereka untuk menghapuskan harta milik peribadi dan keluarga-keluarga peribadi telah mengecewakan beberapa keinginan kuat dari sifat-sifat manusia yang sudah terevolusi. Kami juga dapat menilai bahawa tradisi politik kerajaan yang terhad yang menyalurkan dan memeriksa cita-cita politik adalah diadaptasi untuk memuaskan keinginan semulajadi daripada individu yang dominan untuk kekuasaan politik, disamping memuaskan keinginan semulajadi individu bawahan untuk bebas dari dieksploitasi. Tetapi tradisi kebudayaan seperti sosialisme dan kerajaan terhad muncul sebagai keteraturan spontan evolusi budaya manusia yang tidak tepatnya ditentukan oleh sifat-sifat genetik atau oleh penilaian individu.
Menyedari bahawa keinginan alami mengehadkan tetapi tidak menentukan tradisi-tradisi budaya, liberalisme Darwin mengelakkan andaian salah tentang determinisma biologi bahawa biologi adalah segalanya, budaya tidak membawa apa-apa erti, sementara juga mengelakkan andaian keliru tentang relativisma budaya bahawa budaya adalah segalanya, biologi tiada erti.
Interaksi sifat alami manusia dan budaya manusia nyata dalam penanaman watak moral dan intelektual melalui keteraturan spontan masyarakat madani. Golongan liberal klasik percaya bahawa sementara kita memerlukan kekuatan Negara yang boleh memaksa untuk mengamalkan hak-hak individu kebebasan yang adalah syarat bagi masyarakat yang bebas, kita perlu persatuan-persatuan yang terbentuk secara semulajadi dan sukarela dari masyarakat awam untuk mendapatkan tata atur moral kehidupan sosial kita. Persatuan-persatuan dalam masyarakat awam – keluarga-keluarga, gereja-gereja, kelab-kelab, sekolah-sekolah, masyarakat persaudaraan, pertubuhan-pertubuhan perniagaan, dan seterusnya – membolehkan kita untuk mengejar pelbagai konsepsi kita tentang kehidupan yang baik dalam kerjasama dengan orang lain yang berkongsi pemahaman moral kita.
Darwin menunjukkan bagaimana tatacara moral masyarakat awam timbul dari sejarah alam semulajadi dan budaya spesis manusia. Keperluan keturunan manusia untuk penjagaan yang lama dan intensif dari ibubapa memihak kepada bantuan emosi moral dari ikatan kekeluargaan, dan dengan demikian manusia adalah cenderung untuk bekerjasama dengan puak keluarga mereka. Evolusi keuntungan bantuan saling menyokong emosi moral yang mempertahankan kerjasama yang saling menguntungkan. Dan manfaat dari pertukaran timbal-balik faedah ini yang lebih kepada emosi moral mempertahankan rasa saling membalas, karena seseorang itu lebih cenderung untuk dibantu oleh orang lain jika dia telah membantu orang lain di masa lalu dan mempunyai reputasi sebagai orang yang suka membantu. “Pada akhirnya,” kata Darwin membuat kesimpulan, “rasa moral kita atau hati nurani menjadi sentimen yang sangat kompleks – yang berasal dari naluri sosial, sebahagian besarnya dibimbing oleh restu dari saudara-saudara kita-orang, diperintah oleh akal, kepentingan diri sendiri, dan pada masa kemudian oleh perasaan agama yang mendalam, dan disahkan oleh arahan dan kebiasaan. ” Penyelidikan terkini dalam psikologi evolusi telah mengesahkan dan memperdalam pemahaman tata atur moral Darwin ini yang muncul dalam masyarakat madani melalui keteraturan spontan tindakan manusia dan bukan keaturan paksaan dari rancangan kerajaan.
Penilaian Individu
Keinginan semulajadi dan tradisi budaya menyekat tetapi tidak menentukan penilaian yang dibuat oleh seorang individu. Golongan liberal klasik mengakui bahawa kebaikan manusia atau perkembangannya adalah rumit dalam mematuhi kehendak alam, keadaan budaya, dan pilihan individu dalam kehidupan manusia. Sifat-sifat kemanusiaan kita yang dikongsi memberikan kita berbagai-bagai keinginan semulajadi universal yang merupakan kebaikan generik kehidupan. Pelbagai budaya manusia memberi kita kerencaman tradisi moral yang membentuk kehidupan sosial kita. Tetapi pada akhirnya, orang harus memilih cara hidup yang mereka rasakan sebagai yang terbaik sesuai dengan keinginan semulajadi mereka, situasi sosial, dan temperamen individu. Oleh kerana itu, kaum liberal percaya bahawa hak asas manusia adalah kebebasan dari penilaian atau firasat hati nurani.
Psikologi moral Darwin menjelaskan sejarah evolusi tentang kapasiti manusia untuk membuat penilaian moral individu. Baru-baru ini, sains neuron (Neuroscience) telah mula menjumpai kapasiti emosional, sosial, dan kognitif otak yang membuat penilaian moral itu boleh diwujudkan. Sebagai contoh, sementara teori evolusi Darwin telah menjelaskan pentingnya perasaan simpati untuk pengalaman moral manusia, saintis kontemporari telah mempelajari “cermin-neuron” dalam manusia dan primat lain yang membolehkan haiwan untuk memprojekkan diri ke dalam pengalaman orang lain secara imaginatif.
Diciptakan dari Haiwan
Saya telah berhujah bahawa ilmu Darwin serasi dengan pemahaman golongan liberal klasik tentang bagaimana tatacara moral dalam masyarakat telah timbul dari keinginan alam, tradisi budaya, dan penilaian individu. Tapi apakah Darwinisme membuat sumbangan yang unik bagi pemikiran liberal – sesuatu yang tidak mungkin berasal dari pemikiran moral dan politik liberalisme tanpa bantuan ilmu pengetahuan Darwin?
Ya, saya merasakan begitu. Evolusi memberikan landasan yang semulajadi untuk berfikir secara liberal, sehingga tidak ada keharusan untuk membandingkan apa-apa dengan perkara supranatural. Itu penting, kerana jika untuk berfikir liberal memerlukan keyakinan kepada perkara supranatural, mungkin ini nampaknya memerlukan penguatkuasaan memaksa orang-orang mempercayai perkara supranatural, yang akan mensabotaj kebebasan individu dari hati nurani sendiri.
Dari ‘Dua risalah Kerajaan’(Two Treatises of Government) Locke, kepada ‘Perisytiharan Kemerdekaan’ Jefferson ke ‘Statik-statik Sosial’(Social Statics) Spencer, pemikiran liberal telah memjustifikasikan kebebasan yang sama setara sebagai ekspresi ketinggian martabat manusia unik yang mempunyai kehormatan sebagai diciptakan dalam wajah Tuhan. Bagi Locke, keinginan alami kita menimbulkan hak-hak semulajadi kerana mereka telah ditanamkan dalam diri kita oleh Tuhan, dan kita semua semulajadinya sama dalam hak-hak kita untuk hidup, mempunyai kebebasan, dan berharta, kerana kita semua adalah “Hasil karya paling agung oleh Yang Mahakuasa Tuhan”. Bagi Jefferson, melalui “Hukum Alam dan Tuhan Alam,”( Laws of Nature and of Nature’s God )kita boleh mengatakan yang ianya sudah jelas “bahawa semua manusia diciptakan samarata” dan bahawa “mereka dianugerahkan oleh Pencipta mereka dengan hak asasi tertentu.” Bagi Spencer, kerana Tuhan menghendaki kebahagian manusia, Dia juga menghendaki bahawa manusia harus mempunyai kebebasan yang sama sebagai syarat untuk memuaskan keinginan mereka.
Jika liberalisme memerlukan keyakinan agama tersebut, maka doktrin liberal toleransi agama tidak membolehkan toleransi kepada ateisme. Ini kesimpulan Locke, kerana ia memberi amaran bahawa menyangkal kewujudan Tuhan sebagai Pencipta manusia dan undang-undang moral membubarkan obligasi moral masyarakat manusia.
Darwin menawarkan alternatif. Dalam salah satu buku awalnya, beliau menulis bahawa “Orang yang dalam kesombongan menganggap dirinya suatu hasil pekerjaan yang besar, layak untuk penempatan dengan dewa-dewa, maka adalah lebih rendah hati – dan saya yakin benar- untuk mempertimbangkan ia diciptakan dari binatang”. Walaupun para saintis dan ahli falsafah sudah lama berspekulasi tentang kemungkinan evolusi semulajadi kehidupan, Darwin adalah salah seorang pemikir pertama untuk meletakkan sebuah teori yang kukuh tentang bagaimana hal ini boleh terjadi, termasuk di dalamnya teori evolusi pengertian moral alamiah.
Dalam reviunya tentang The Origin of Species, Huxley menjelaskan bahawa buku Darwin adalah sebuah senjata besar untuk liberalisme kerana ia membantah doktrin Bible “makhluk istimewa”. Untuk melindungi kebebasan pemikiran dari pihak berkuasa teokratis yang koersif, liberal perlu menjelaskan seluruh alam, termasuk sifat-sifat manusia, sebagai produk murni dinatijahkan alam.
Namun, walaupun beberapa golongan beragama yang menentangnya membuat dakwaan berikut, Darwinisme tidak pernah menganjurkan fahaman ateisme. Walaupun Darwin pada akhir hidupnya menjadi seorang Agnostik, dia mengakui bahawa keyakinan keagamaan adalah penting bagi evolusi budaya moral. Baru-baru ini, ahli teori evolusi seperti David Sloan Wilson telah menunjukkan bagaimana evolusi agama melalui seleksi kumpulan boleh menguatkan moral ‘cooperative disposition’ penganut-penganut agama.
Tetapi walaupun beliau sendiri tidak beragama, Darwin menyarankan, dengan mempercayai bahawa kita “dibuat dari haiwan,” kita dapat melihat bahawa tatacara moral adalah sebenar-benarnya berdiri di atas sifat dasar manusia- iaitu sifat semulajadi manusia, tradisi manusia, dan penilaian manusia.
Itulah sebabnya mengapa kaum libertarian memerlukan Charles Darwin.
—
Larry Arnhart adalah Presiden Profesor Penyelidikan Sains Politik di Universiti Northern Illinois.
AkademiMerdeka.org ialah satu projek pendidikan ide-ide libertarianisme dalam Bahasa yang dijalankan oleh Atlas Global Initiative for Free Trade, Peace and Prosperity.
© 2012 AkademiMerdeka.org