Pada tarikh 28 Julai majoriti besar dari perwakilan di Perhimpunan Agung PBB bersetuju mengangkat sebuah resolusi yang memperakukan “air minuman yang selamat dan bersih dan sanitasi” sebagai hak asasi manusia. Menimbangkan fakta bahawa sejumlah 2.5 bilion orang tidak mempunyai sanitasi dan 900 juta orang tidak mempunyai akses terhadap air minum yang selamat ini mungkin kelihatan seperti mesej yang sangat dinanti-nantikan. Tetapi menukar air dan sanitasi menjadi hak asasi manusia merupakan ancaman kepada orang miskin dan undang-undang.
Pertama sekali, hak asasi manusia yang boleh dikuatkuasakan secara individu di arena undang-undang antarabangsa adalah perkara-perkara yang Negara tidak boleh rampas daripada anda (seperti kehidupan, kebebasan dan harta), bukan perkara yang Negara perlu beri kepada anda melalui wang pembayar cukai. Tetapi, yang lebih penting lagi, hak asasi manusia ini tidak akan membantu berjuta-juta orang miskin yang kesihatan dan kualiti hidup mereka terancam oleh kurangnya air bersih dan sanitasi.
Untuk hak-hak tersebut memiliki makna, ianya harus jelas apakah hak-hak itu dan siapa yang bertanggung jawab untuk menegakkan mereka. Kita ambil contoh ‘kebebasan berbicara’: jika kerajaan menangkap pembangkang untuk kenyataan atau fikiran yang aman, kerajaan itu melanggar kewajipannya untuk menegakkan hak asasi manusia yang jelas dan mahkamah kemudian akan bertanggung jawab untuk menegakkan hak itu ..
Hak untuk air bersih dan sanitasi adalah jauh lebih sukar untuk ditakrifkan dan bergantung pada pembangunan ekonomi, teknologi dan infrastruktur. Di atas segalanya, jika manusia mempunyai hak untuk air dan sanitasi, orang lain harus memberikannya – secara praktiknya, kerajaan-kerajaan, dengan menggunakan wang rakyat. Hak istimewa seperti ini disebut “hak-hak positif,” sebagai lawan dari nama yang kurang tepat, “hak-hak negatif” untuk hal-hal yang tidak boleh diambil dari anda. Jadi ini sebenarnya adalah panggilan untuk campur tangan negara, dengan mengorbankan keutamaan dan kebebasan lain – dan air adalah tidak lebih dari hak asasi manusia lain yang praktikal dilaksanakan dari komoditi penting seperti makanan, pakaian atau tempat berteduh.
Resolusi ini merupakan lanjutan daripada penolakan ideologi para aktivis terhadap penswastaan air. Hal ini mengabaikan contoh-contoh yang tak terhitung jumlahnya dari Bolivia hingga ke Mesir di mana kerajaan-kerajaan telah gagal untuk menyediakan air bersih kerana rasuah, kronisme (biasanya termasuklah pemberian subsidi yang besar kepada petani tidak cekap), salah urus dan pembaziran. Hal ini juga mengabaikan model-model swasta yang berjaya di Bolivia, Chile, Denmark dan di tempat lain. Memberikan kerajaan kuasa sepenuhnya untuk mengendalikan bekalan air bahkan mungkin merbahaya kerana rejim-rejim autoritarian boleh menggunakan kuasa mereka untuk menghukum mereka yang berdegil dan menguntungkan penyokong-penyokong mereka.
Resolusi itu juga mengurangkan nilai hak asasi manusia yang sebenar. Dengan menuntut agar negara-negara maju “memperuntukkan sumber kewangan dan pemindahan teknologi” untuk negara-negara membangun, resolusi itu membawa maksud tersirat bahawa golongan kaya bertanggung jawab ke atas pelanggaran hak-hak asasi penduduk tanpa air di negara-negara miskin. Hal ini membolehkan lebih banyak negara seperti negara pengusul Bolivia untuk menangkis kritikan terhadap kalangan mereka sendiri yang melanggar hak asasi manusia nyata dengan penahanan sewenang-wenangnya, penyeksaan dan penapisan maklumat, sementara menggambarkan diri mereka sebagai mangsa Barat.
Setakat ini, para pembela hak asasi manusia tradisional telah enggan untuk mengkritik agenda politik ini: tidak ada yang ingin dianggap sebagai menentang bukan sahaja air bersih untuk golongan termiskin di dunia tapi hak asasi juga. Jadi negara-negara berdemokrasi seperti Belgium, Itali, Jerman, Sepanyol, Norway, Malaysia dan Indonesia memilih menyokong resolusi beserta dengan Korea Utara, Mesir, China, Pakistan dan Cuba, yang merampas hak asasi manusia dari warga negara mereka sendiri, sementara 41 negara seperti Amerika Syarikat, Australia dan United Kingdom tidak mengundi: tiada negara memiliki keberanian untuk menolaknya, membiarkan jalan terbuka luas untuk pengesahan sebuah protokol yang sah secara undang-undang.
Mereka yang menentang idea ini, seperti Amerika Syarikat, berharap resolusi tidak berkuatkuasa sepenuhnya ini tidak akan membawa masalah kerana “implikasi undang-undang pengumuman hak kepada air belum sepenuhnya dipertimbangkan,” seperti diberitahukan oleh diplomat US John Sammis kepada para delegasi. Teori prosedur tersebut mengabaikan realiti politik kerajaan-kerajaan memperoleh kekuasaan yang lebih besar ke atas kehidupan warganya, terutama di negara-negara miskin di mana rejim ekonomi yang menindas disokong oleh badan-badan amal Barat dan aktivis.
Jika negara-negara demokratik meninggalkan kebebasan hak asasi manusia sejati, mereka meninggalkan kaum miskin untuk menghadapi lebih banyak lagi dekad-dekad kemiskinan, rasuah dan ketidakcekapan akibat perbuatan kerajaan.
—
Jacob Mchangama ialah ketua urusan undang-undang di CEPOS, sebuah badan pemikir di Denmark, dan pensyarah luar undang-undang hak asasi manusia antarabangsa di University of Copenhagen.
AkademiMerdeka.org ialah satu projek pendidikan ide-ide libertarianisme dalam Bahasa yang dijalankan oleh Atlas Global Initiative for Free Trade, Peace and Prosperity.
© 2012 AkademiMerdeka.org