Sebagai menyambut ulang tahun kelahiran Frederic Bastiat (lahir 30 Jun 1801), www.AkademiMerdeka.org mengusahakan penterjemahan berkala karya penting beliau bertajuk “What Is Seen and What Is Not Seen?”. Di bawah ialah penterjemahan bahagian kelapan.
Terjemahan oleh NOOR AMIN BIN AHMAD, Ahli Bersekutu di Institute for Democracy and Economic Affairs (www.IDEAS.org.my), Malaysia. Beliau pernah menerima biasiswa Frederic Bastiat untuk menghadiri kursus musim panas anjuran Cato University di San Diego, California.
Mesin
Satu kutukan untuk mesin! Setiap tahun kuasa mereka meningkat sehinga telah menyebabkan berjuta pekerja miskin, mengambil alih tugas kerja mereka, juga gaji mereka seterusnya roti yang mereka beli dengannya! Satu kutukan untuk mesin!
Itulah jerit-pekik yang muncul kedengaran daripada prasangka bodoh, yang turut dipanjangkan oleh surat khabar. Mengutuk mesin sebenarnya mengutuk akal fikir manusia!
Apa yang membuat saya tertanya-tanya ialah wujudnya golongan yang menggemari doktrin ini [1]
Kerana, dalam analisis terakhir, jika ianya benar, apakah kesan logiknya? Itulah kegiatan yang kesejahteraan, kekayaan dan kebahagian mungkin hanya untuk negara-bangsa bodoh, statik mentalnya, mereka yang tidak dikurniakan Tuhan dengan anugerah berfikir, mengamati, berusaha, mereka-cipta, mendapatkan hasil terbaik dengan masalah terkurang. Sebaliknya, kain, pondok usang, kemiskinan dan genangan (stagnation) adalah sebahagian hal yang tidak terelak oleh setiap negara-bangsa yang mencari dan menemukan besi, api, angin, elektrik, magnet, hukum kimia dan mekanikal – dengan kata lain, melalui desakan alamiah – penambahan kepada sumber sendiri, dan adalah tepat untuk mengatakan seperti Rousseau: “setiap manusia yang berfikir adalah haiwan bejat”.
Namun ini bukanlah segalanya. Jika doktrin ini betul, dan ketika semua manusia berfikir dan mereka-cipta, ketika semua, hakikatnya, daripada yang pertama hingga yang terakhir, pada setiap masa kewujudan mereka, akan berusaha menjadikan desakan alamiah sesuai dengan usaha mereka, untuk melakukan lebih hasil dengan kos rendah, untuk mengurangkan tenaga kerja manual mereka sendiri atau mereka yang diupahnya, untuk mencapai kemungkinan terbesar jumlah kepuasan dengan nilai kerja; kita mesti menyimpulkan bahawa semua manusia sedang berpatah balik ke belakang (decadence), kerana mereka berpendapat aspirasi kebijaksanaan ini adalah satu penyeksaan kepada manusia.
Justeru, perlu ditetapkan secara statistik bahawa penduduk di Lancaster, melarikan diri daripada negara yang dikuasai mesin, pergi mencari kerja di Ireland, negara yang belum menemukan mesin; dan melalui sejarah, kebiadaban telah membayangi kezaliman tamadun, tamadun yang berkembang ketika kebodohan dan kebiadaban.
Jelas percanggahan yang ada mengejutkan dan mengingatkan kita bahawa masalah ini telah menyembunyikan elemen penting untuk penyelesaian dan masih belum cukup diketengahkan.
Seluruh misteri yang terkandung ialah: di sebalik apa yang dapat dilihat wujud apa yang tidak dapat dilihat. Saya akan cuba memberikan pencerahan terhadapnya. Apa yang bakal saya nyatakan bukanlah baru tetapi satu pengulangan kepada hujah yang terdahulu, untuk masalah yang sama.
Manusia berkecenderungan alamiah, jika tidak dicegah dengan keras, untuk tawar-menawar – iaitu, bagi mendapatkan kepuasan setara, sebagai pengganti kerja, sama ada tawaran ini datang daripada pengeluar asing yang mempunyai keupayaan atau daripada pengeluar mekanikal yang diyakini.
Bantahan teoretikal yang dinyatakan terhadap kecenderungan ini adalah sama terhadap kedua-dua kes. Dalam satu seperti pada yang lain, celaan dibuat kerana mereka melihat hal yang demikian telah menyebabkan kelangkaan pekerjaan [2]. Namun, kesan sebenarnya bukanlah menyebabkan kerja langka, tetapi kebebasan tenaga kerja manusia untuk membuat kerja lain.
Sebab itulah, dalam amalan, jenis halangan – dengan daya – yang sama dihadapkan kepada kedua-dua kes tersebut. Penggubal dasar melarang persaingan dari luar dan juga persaingan mekanikal. Untuk apa lagikah sekatan terhadap kecenderungan alamiah manusia ini dibuat selain daripada merampas kebebasan mereka?
Memang benar, di banyak negara, para penggubal undang-undang membuat mogok untuk hanya satu daripada jenis persaingan ini dan tidak untuk yang satu lagi. Ini hanya membuktikan bahawa para penggubal dasar di negara-negara tersebut tidak konsisten.
Itu tidak sepatutnya mengejutkan kita. Pada jalan yang salah memang konsistensi tidak wujud; jika tidak, umat manusia akan hancur. Kita tidak pernah dan tidak akan pernah melihat prinsip yang salah akan didokong sepenuhnya. Saya telah menyebut di tempat lain: sikap tidak konsisten dibatasi oleh perkara yang tidak masuk akal. Saya ingin menambah: perkara ini juga adalah buktinya.
Mari kita pergi kepada demonstrasinya; ia tidak akan mengambil masa terlalu panjang.
James Goodfellow mempunyai 2 francs yang diberikan sebagai gaji kepada 2 orang pekerja.
Tapi kini, beliau telah merombak semula susunan tali dan pemberat yang dapat memendekkan waktu bekerjanya.
Beliau mendapat kepuasan yang sama, jimat 1 franc dan mengurangkan pekerja.
Beliau mengurangkan seorang pekerja: ini adalah apa yang dapat dilihat.
Dengan hanya melihat ini, orang berkata: “Lihatlah bagaimana sengsara mengikut tamadun. Lihatlah bagaimana kebebasan membunuh persamaan (equality). Fikiran manusia telah membuka (banyak peluang – penterjemah), dan para pekerja akan jatuh ke dalam ruang kemiskinan.
Mungkin James Goodfellow boleh terus mengambil kedua orang tersebut bekerja untuknya, tetapi dia tidak dapat memberikan mereka lebih daripada 10 sous setiap orang, kerana mereka akan bersaing antara satu dengan yang lain untuk membuat tawaran perkhidmatan pada kos paling rendah. Ini adalah cara bagaimana yang kaya akan terus bertambah kaya dan yang miskin menjadi semakin miskin. Kita harus mengubah (struktur – penterjemah) masyarakat”.
Kesimpulan yang baik dan layak dijadikan premis awal!
Sayangnya, kedua premis dan kesimpulan ini salah, kerana di sebalik sebahagian daripada fenomena yang dapat dilihat adalah sebahagian lagi yang tidak dapat dilihat.
Untungnya, baik premis dan kesimpulan yang palsu, kerana di balik setengah dari fenomena yang dapat dilihat adalah setengah lain yang tidak dapat dilihat.
Franc yang disimpan oleh James Goodfellow dan kesan daripada tabungan ini tidak dapat dilihat.
Oleh kerana, hasil daripada penemuannya sendiri, James Goodfellow tidak lagi menggunakan lebih daripada satu franc untuk tenaga kerja manual dalam usahanya mendapatkan kepuasan, beliau kini mempunyai lebihan franc.
Jika begitu, terdapat seorang pekerja yang boleh menawarkan kerjanya di pasaran, juga seorang kapitalis yang boleh menawarkan franc ‘terbiar’nya. Kedua elemen ini bertemu dan bergabung (meet and combine).
Ianya jelas seperti siang hari bahawa antara bekalan dan permintaan untuk tenaga kerja, antara bekalan dan permintaan untuk gaji, hubungan keduanya sama sekali tidak berubah.
Penciptaan dan seorang pekerja, dibayar dengan franc pertama, kini melakukan tugas yang sebelumnya dibuat oleh dua orang pekerja.
Pekerja kedua, dibayar dengan franc kedua, melakukan kerja baru.
Apakah yang telah berubah di dunia? Terdapat satu kepuasan nasional yang lebih, dalam erti kata lain, penemuan yang membuka serampang, keuntungan serampang untuk umat manusia.
Berdasarkan bentuk demonstrasi yang telah saya berikan, kita dapat membuat kesimpulan ini:
“Memang kapitalis yang berusaha memastikan semua keuntungan ini mengalir melalui penemuan mesin. Kelas pekerja, meskipun menghadapi kesukaran yang sementara, tidak pernah mendapat keuntungan daripada mereka, kerana, menurut apa yang anda sendiri katakan, mereka memperuntukkan sebahagaian daripada industri negara tanpa mengurangkannya, benar, tetapi juga tidak meningkatkannya.
Esei ini tidak bertujuan untuk menjawab semua pertikaian. Ia hanya memerangi prasangka bodoh, sangat berbahaya dan telah sangat luas tersebar. Saya ingin membuktikan bahawa mesin baru, dalam membuat sejumlah bilangan pekerja yang sedia di pasaran, juga pada masa yang sama membuat persediaan wang untuk membayar gaji mereka. Para pekerja dan wang ini terkumpul untuk menghasilkan sesuatu yang tidak mungkin dihasilkan sebelum penemuan (mesin); yang hasil akhir daripadanya ialah peningkatan kepuasan dengan jumlah kerja yang sama.
Siapa yang mendapat kelebihan daripada kepuasan ini?
Ya, pada awalnya ialah kapitalis, pereka-cipta, mereka yang mula menggunakannya dengan baik, dan ini adalah hadiah untuk kebijaksanaan dan keberanian mereka. Dalam hal ini, sebagaimana yang kita lihat, ia menjimatkan kos pengeluaran yang, tidak kisah bagaimana dihabiskan (dan memang selalunya), memberi pekerjaan hanya kepada jumlah tangan yang sama jika mesin tidak digunakan.
Tetapi desakan persaingan kemudiannya akan merendahkan harga jualan melalui jumlah ia disimpan.
Pada waktu itu pereka-cipta tidak lagi menuai faedah daripada penemuannya; tetapi para pembeli produk, pengguna, orang awam, termasuk para pekerja – dalam erti kata lain, manusia seluruhnya.
Apa yang dapat dilihat ialah simpanan, disediakan untuk semua pelanggan, bentuk dana dari gaji yang boleh diambil, menggantikan apa yang tidak dapat dilakukan oleh mesin.
Maka (mengambil contoh di atas), James Goodfellow mendapatkan satu produk dengan membelanjakan 2 francs untuk gaji. Berkat penemuannya, kerja manual kini hanya menyebabkan kos tenaga kerja beliau hanya 1 franc.
Selagi beliau menjual produk tersebut pada harga yang sama, terdapat seorang pekerja yang akan kehilangan kerja untuk menyediakan produk khusus ini: itu adalah apa yang dapat dilihat; tetapi ada seorang lagi pekerja yang dikekalkan oleh James Goodfellow: dan ini adalah apa yang tidak dapat dilihat.
Dalam keadaan biasa, ketika James Goodfellow menurunkan 1 franc harga produk, dia tidak lagi dapat menyimpan; seterusnya tidak dapat menyumbang 1 franc untuk pekerjaan nasional melalui pekerjaan baru. Namun, sesiapa yang membeli akan mengambil tempat beliau. Siapa membayar harga produk yang kurang 1 franc, menyimpan 1 franc tersebut dan perlu menyerahkannya untuk membiayai gaji; ini sekali lagi apa yang tidak dapat dilihat.
Penyelesaian lain untuk masalah ini, yang didasarkan kepada fakta, telah dimajukan.
Ada yang mengatakan: “Mesin mengurangkan kos pengeluaran dan menurunkan harga produk. Penurunan harga meningkatkan jumlah penggunaan yang sekaligus memerlukan peningkatan pengeluaran, dan akhirnya, menyebabkan jumlah pekerja seramai sebelum penemuan – malah mungkin lebih”. Mereka menyokong hujah ini, dengan contoh percetakan, pemutaran (spinning), akhbar dan sebagainya.
Contoh ini tidak saintifik.
Kita perlu menyimpulkan daripada itu bahawa, jika penggunaan produk khusus itu tidak bergerak atau hampir begitu, kehadiran mesin menjejaskan pekerjaan. Tetapi ia tidak begitu.
Misalkan di negara tertentu semua orang memakai topi. Jika kehadiran mesin akan menyebabkan harga topi berkurangan separuh, tidak semestinya ia menjadikan penjualan topi ini naik sekali ganda.
Apakah akan dikatakan, berkaitan hal itu, bahawa sebahagian daripada tenaga kerja nasional terbiar? Ya, jika menurut penalaran bodoh. Tidak, menurut saya, kerana, meskipun tidak ada pembelian topi tambahan di seluruh negara, seluruh dana untuk upah akan tetap kukuh; apa yang tidak pergi ke industri topi akan ditemukan dalam simpanan semua pengguna dan pergi kepada bayaran gaji untuk semua angkatan kerja yang tidak memerlukan mesin menjana pembangunan baru di semua industri.
Ini semua, hakikatnya, adalah bagaimana semuanya berlaku. Saya telah membaca surat khabar pada harga 80 francs; kini jualannya 48 francs. Ia adalah penjimatan sebanyak 32 francs untuk pembelinya. Tidak ada kepastian, tetapi sekurang-kurangnya tidak dapat dielakkan, bahawa 32 francs ini terus masuk kepada jurnalisme; tetapi apa yang pasti dan tidak boleh dielakkan ialah, jika mereka tidak mengambil langkah ini, mereka akan mengambil langkah lain. 1 Franc akan diguna untuk membeli lebih banyak surat khabar, lebih banyak makanan, pakaian dan juga perabot yang lebih baik.
Maka, semua industri ini adalah saling berkaitan. Ia membentuk satu rangkaian luas di mana semua talian komunikasi ini melalui laluan rahsia. Apa yang disimpan ialah keuntungan untuk semua. Apa yang penting ialah untuk memahami dengan jelas bahawa tidak pernah, ekonomi hidup dengan menggadaikan pekerjaan dan gaji. [3]
Nota kaki:
1. Lihat dalam Jilid V, muka surat 86 dan 94 (Edisi Perancis), bab 14 dan 18 dalam siri pertama Economic Sophisms.
2. Pengangguran (di kalangan penduduk tempatan)
3. Lihat Economic Harmonies bab 3 dan 8.
Bahagian terakhir terjemahan What Is Seen and What Is Not Seen.
Bahagian kesebelas terjemahan What Is Seen and What Is Not Seen.
Bahagian kesepuluh terjemahan What Is Seen and What Is Not Seen.
AkademiMerdeka.org ialah satu projek pendidikan ide-ide libertarianisme dalam Bahasa yang dijalankan oleh Atlas Global Initiative for Free Trade, Peace and Prosperity.
© 2012 AkademiMerdeka.org