11/11/2010

Legasi Bastiat: Apa yang dapat dan tidak dapat dilihat (Bhgn 9)


Sebagai menyambut ulang tahun kelahiran Frederic Bastiat (lahir 30 Jun 1801), www.AkademiMerdeka.org mengusahakan penterjemahan berkala karya penting beliau bertajuk “What Is Seen and What Is Not Seen?”. Di bawah ialah penterjemahan bahagian kesembilan.

Terjemahan oleh NOOR AMIN BIN AHMAD, Ahli Bersekutu di Institute for Democracy and Economic Affairs (www.IDEAS.org.my), Malaysia. Beliau pernah menerima biasiswa Frederic Bastiat untuk menghadiri kursus musim panas anjuran Cato University di San Diego, California.

Kredit

Pada setiap masa, terutama beberapa tahun kebelakangan ini, rakyat mengimpikan universalisasi kekayaan dengan menguniversalisasikan kredit. Saya pasti bahawa saya tidak berlebihan ketika mengatakan tentang ini sejak Revolusi Februari [1] media-media Paris menerbitkan lebih sepuluh ribu naskah untuk memuji penyelesaian kepada masalah sosial ini.

Sayangnya, penyelesaiannya ini telah menjadikan ilusi optik sebagai asasnya, seperti ia telah digunakan sebagai asas kepada banyak perkara. Mereka ini bermula dengan mengelirukan wang yang dicagar dengan benda (hard money) dengan produk; kemudian mereka keliru antara wang kertas (paper money) dengan wang yang dicagar dengan benda tadi; dan daripada kekeliruan inilah mereka mengaku membentuk fakta.

Dalam persoalan ini, kita perlu melupakan duit, syiling, nota bank dan media lain yang dijadikan produk dalam pertukaran dari satu tangan ke tangan yang lain, supaya kita hanya dapat melihat produk itu sendiri yang merupakan bahan pasti sebagai pinjaman. Ketika seorang petani meminjam lima puluh franc untuk membeli pembajak, sebenarnya bukan lima puluh franc yang dipinjamkan kepadanya, tetapi pembajak. Dan ketika seorang saudagar meminjam 20 ribu franc untuk membeli sebuah rumah, dia tidak berhutang 20 ribu franc tetapi rumah. Kehadiran wang hanyalah sebagai pemudahcara untuk pengurusan beberapa pihak yang terlibat. Peter mahu menjual pembajaknya dan James sedia untuk meminjamkan wang. Apakah yang boleh dilakukan oleh William? Dia boleh meminjam wang daripada James dan kemudian membeli pembajak daripada Peter. Sebenarnya, tidak ada yang meminjam duit kerana duit semata-mata. Kita meminjam duit untuk mendapatkan produk.

Kini, tidak ada negara yang boleh memindahkan dari satu tangan ke satu tangan yang lain lebih daripada produk yang ada. Berapa pun jumlah wang yang dicagar dengan benda (hard money) dan bil yang beredar, para peminjam yang lain tidak boleh mendapat lebih pembajak, rumah, peralatan, peruntukan atau bahan mentah berbanding jumlah yang boleh diberikan oleh penjual.

Kita perlu ingat bahawa setiap peminjam memerlukan seorang pemberi pinjam, justeru setiap pinjaman melibatkan hutang. Setelah itu diberikan, apa yang boleh dilakukan oleh institusi yang memberikan pinjaman (kredit/hutang)? Mereka boleh memudahkan peminjam dan pemberi pinjaman untuk bertemu antara satu dengan yang lain bagi mencari persetujuan bersama. Namun, mereka tidak dapat meningkatkan jumlah alat yang dipinjam dan diberi pinjam secara tiba-tiba.

Bagaimanapun, semua organisasi pembekal kredit perlu melakukan ini untuk membolehkan hasrat pengubah sosial akan tercapai, kerana beliau mengharapkan tidak kurang daripada memberi pembajak, rumah, peralatan, peruntukan dan bahan mentahnya kepada mereka yang mahu.

Bagaimanakah mereka fikir dapat melakukan ini?

Dengan memberikan pinjaman yang dijamin oleh negara. Mari kita pergi lebih jauh berkaitan hal ini, kerana ada apa yang dapat dilihat dan apa yang tidak dapat dilihat. Mari kita melihat kedua-duanya.

Katakan ada hanya satu pembajak dan dua orang petani mahukannya.

Perter adalah pemilik kepada satu-satunya pembajak yang ada di Perancis. John dan James ingin meminjamnya. John, dengan kejujurannya, pemilikan dan nama baiknya, menawarkan jaminan. Seseorang percayakannya; beliau memiliki kredit. James pula tidak menunjukkan keyakinan atau dalam segala segi beliau kurang dapat diharapkan. Secara alamiah, Peter akan meminjamkan pembajaknya kepada John.

Tetapi sekarang, dengan inspirasi sosialis, kerajaan masuk campur dan berkata kepada Peter: “pinjamkan pembajakmu kepada James. Kami memberi jaminan pulangan semula kepadamu, dan jaminan ini adalah lebih bernilai berbanding John, kerana John hanya bertanggungjawab kepada dirinya sementara kami, meskipun tidak punya apa, mendapat hasil daripada semua pembayar cukai; dan jika perlu, kami akan jelaskan semua bayaran pokok serta bunga dengan duit mereka”.

Maka, Peter meminjamkan pembajaknya kepada James; itu adalah apa yang dapat dilihat.

Golongan sosialis memuji diri mereka dengan berkata, “lihatlah bagaimana pelan kami berjaya. Terima kasih untuk campur tangan kerajaan, James yang miskin kini memiliki pembajak. Dia tidak perlu lagi membajak dengan tangan; dia kini dalam landasan tepat untuk mengubah nasibnya. Ia adalah manfaat untuk dirinya dan satu keuntungan buat negara secara keseluruhannya”.

Oh tidak tuan-tuan, ia bukan keuntungan kepada negara kerana ada apa yang tidak dapat dilihat.

Apa yang tidak dapat dilihat ialah pembajak ini diperolehi oleh James, bukan John.

Apa yang tidak dapat dilihat ialah jika James mendesak untuk membajak dan bukan mencangkul, John terpaksa mencangkul dan bukan membajak.

Akibatnya, apa yang orang mungkin fikirkan ialah tambahan pinjaman hanyalah pengalihan pinjaman.

Tambahan lagi, apa yang tidak dapat dilihat ialah pengalihan pinjaman ini melibatkan dua ketidakadilan yang serius: ketidakadilan kepada John yang mempunyai merit dan mendapat kredit kerana kejujuran dan tenaganya, melihat dirinya dinafikan; ketidakadilan kepada pembayar cukai, terpaksa membayar hutang yang tidak menjadi keperihatinan mereka.

Adakah akan dikatakan kerajaan menawarkan John peluang yang sama seperti mana James? Oleh kerana hanya terdapat satu pembajak, mustahil untuk meminjamkannya kepada dua pihak serentak. Hujah yang selalu didatangkan adalah terima kasih untuk campur tangan kerajaan, banyak akan dipinjam daripada yang boleh dipinjamkan, kerana jumlah pembajak yang ada mewakili jumlah modal yang ada.

Benar, saya telah mengurangkan operasi yang ada kepada terma yang paling mudah tetapi diuji dengan hal yang sama dengan institusi kredit kerajaan yang paling rumit, dan anda akan yakin bahawa ianya akan menghasilkan satu keputusan: untuk memindahkan kredit, bukan untuk meningkatkannya. Dalam satu negara tertentu pada masa tertentu, hanya ada sejumlah modal yang ada, dan ia ditempatkan di satu tempat. Dengan memastikan peminjam muflis, kerajaan dapat meningkatkan jumlah peminjam, meningkatkan kadar bunga (semuanya dengan tanggungan pembayar cukai), tetapi ia tidak dapat meningkatkan jumlah pemberi pinjaman dan nilai pinjaman.

Namun, jangan menyalahkan saya tentang kesimpulan yang saya harapkan kebaikan syurga akan melindungi saya. Saya katakan bahawa undang-undang tidak patut menggalakkan pinjaman buatan (artificial); tetapi saya tidak mengatakan bahawa ia patut menyembunyikannya secara buatan. Jika dalam sistem hipotesis kita atau di tempat lain perlu ada halangan untuk sebaran dan perlaksanaan kredit, tidak ada yang lebih baik dan adil selain membiarkan undang-undang membuangnya. Tetapi, seiring dengan kebebasan, itu adalah sesuatu yang berbaloi untuk gelaran perubah sosial mendapatkannya daripada undang-undang. [2]

Nota kaki:

[1] Demonstrasi popular menentang Perdana Menteri Guizot pada tarikh 22 Februari 1948 menyebabkan penyingkiran Raja Louis Philippe. Bagaimanapun, gerakan yang bijak ini terbukti sia-sia kepada Raja kerana keesokannya askar telah menembak sekumpulan demonstran dan rakyat Paris membalas dengan revolusi bersenjata sehingga menyebabkan Raja Louis Philippe dilepaskan dan seterusnya menyebabkan pembentukan Republik Kedua.

Lihat akhir surat kedua belas berkaitan Kredit tanpa-Bunga, Jilid ke-5, muka surat 282 ff. (edisi Perancis)

Tag .

Kenali AkademiMerdeka.org

AkademiMerdeka.org ialah satu projek pendidikan ide-ide libertarianisme dalam Bahasa yang dijalankan oleh Atlas Global Initiative for Free Trade, Peace and Prosperity.

Langgan feed RSS

Ikuti melalui Twitter

Sertai kami di Facebook

Kenali kami sepenuhnya »

© 2012 AkademiMerdeka.org