13/12/2010

Legasi Bastiat: Apa yang dapat dan tidak dapat dilihat (Bhgn 10)


Sebagai menyambut ulang tahun kelahiran Frederic Bastiat (lahir 30 Jun 1801), www.AkademiMerdeka.org mengusahakan penterjemahan berkala karya penting beliau bertajuk “What Is Seen and What Is Not Seen?”. Di bawah ialah penterjemahan bahagian kesepuluh.

Terjemahan oleh NOOR AMIN BIN AHMAD, Ahli Bersekutu di Institute for Democracy and Economic Affairs (www.IDEAS.org.my), Malaysia. Beliau pernah menerima biasiswa Frederic Bastiat untuk menghadiri kursus musim panas anjuran Cato University di San Diego, California.

Algeria

Kesemua empat orang pembahas mahu didengari di dalam Dewan. Pada mulanya semua mereka mahu bercakap serentak, kemudian seorang demi seorang. Apa yang mereka katakan? Sesuatu yang menarik, tentunya berkaitan kuasa dan kemegahan Perancis, keperluan untuk berusaha bagi membolehkan kita menuai hasil, masa depan yang gemilang bagi keluasan tanah jajahan, kelebihan untuk mengagihkan lebihan populasi dan sebagainya; mahakarya kefasihan, selalunya dihiaskan dengan kesimpulan ini: “Undilah sekitar 50 million francs untuk membina pelabuhan dan jalan di Algeria kerana kami akan boleh mengangkut para peneroka ke sana, membina rumah untuk mereka dan meratakan padang untuk mereka. Jika kamu melakukannya, kamu akan meringankan beban yang ditanggung oleh para pekerja Perancis, mendorong pekerjaan di Afrika dan meningkatkan perdagangan di Marseille. Ia akan menyebabkan keuntungan kepada semua”.

Ya, itu benar, jika kita mengambil kira jumlah 50 juta francs yang disebutkan itu hanya ketika negara membelanjakannya, jika kita melihat ke mana ia diagihkan dan bukan ketika ia diadakan, jika kita mengambil kira kebaikan yang boleh dibuat daripadanya setelah ia diambil daripada poket pembayar cukai, bukan daripada keburukan yang berpunca daripadanya atau lebih daripada itu, kebaikan yang dihalang dengan menyebabkannya menjadi kewangan kerajaan terlebih dahulu. Ya, dengan pandangan terhad tersebut, semuanya dianggap menguntungkan. Rumah yang dibina di Barbary; pelabuhan yang ditempatkan di Barbary, peluang pekerjaan yang dibuka di Barbary, pengurangan tenaga kerja di Perancis; aktiviti perniagaan yang rancak di Marseille semuanya adalah apa yang dapat dilihat.

Namun di sana ada apa yang tidak dapat dilihat. Ianya adalah jumlah 50 juta yang dibelanjakan oleh negara tidak dapat digunakan lagi kerana ia datang daripada pembayar cukai. Daripada semua manfaat yang dinisbahkan kepada perbelanjaan awam kita mesti mengurangkan semua kerosakan yang berpunca daripada halangan kepada perbelanjaan swasta – sekurang-kurangnya kita tidak perlu pergi terlalu jauh untuk mengatakan James Goodfellow tidak melakukan apa-apa dengan 5 francs yang dimiliki dan diambil sebagai cukai olehnya; tuntutan yang tidak masuk akal, kerana dia berusaha untuk mendapatkannya, kerana dia berharap dapat memuaskan dirinya dengan menggunakan wang tersebut. Dia boleh memasang pagar di tamannya, meletakkan permaidani di ruang lapang yang ada, menambah pekakas rumah, mendapatkan makanan dan pakaian yang baik, memilih pendidikan yang baik untuk anak-anaknya, meningkatkan mahar anak perempuannya; mana-mana daripada ini tidak dapat dilakukan: ini adalah apa yang tidak dapat dilihat. Dia juga boleh menyertai persatuan kebajikan. Dari satu sudut, kepuasan dirinya telah diambil dan erti kepada pilihannya dimusnahkan; dan pada sudut lain, pekerjaan menggali lubang, tukang kayu, tukang besi, tukang jahit dan pengetua sekolah di luar bandar yang boleh diwujudkan kini sudah tidak ada: ini juga adalah apa yang tidak dapat dilihat.

Rakyat kita menghitung rundingan yang hebat berkaitan kemakmuran masa depan Algeria; dibolehkan. Namun, benarkan mereka untuk menilai kelumpuhan yang akan melanda Perancis dalam tempoh terdekat. Mereka menunjukkan kepada saya akan kemakmuran perniagaan di Marseille; tetapi jika ia dilakukan melalui produk percukaian, saya akan, pada sisi lain, menunjukkan jumlah kehancuran perniagaan yang sama di seluruh negara. Kata mereka: “peneroka yang dibawa ke Barbary adalah satu bantuan untuk populasi yang kekal di negara ini.” Saya jawab: “Adakah itu mungkin berlaku jika usaha mengangkut mereka ke Algeria turut melibatkan jumlah modal yang membolehkan mereka terus hidup di Perancis?” [1]

Pengakhiran pasti yang ada pada pandangan saya ialah untuk membuatkan para pembaca memahami bahawa dalam semua perbelanjaan awam, di sebalik apa yang kelihatan baik ada kejahatan yang lebih sukar untuk difahami. Yang terbaik setakat kemampuan, saya mahu mengajak pembaca untuk membiasakan diri melihat satu dengan yang lain dan mempertimbangkan semuanya.

Ketika perbelanjaan awam dicadangkan, meritnya mesti diperiksa. Selain daripada dakwaan terdapat kesan baik dalam meningkatkan jumlah pekerjaan, perkembangan lain dalam cara ini adalah bersifat ilusi. Apa yang perbelanjaan awam lakukan berkaitan ini boleh dilakukan oleh perbelanjaan swasta pada tingkat yang sama. Justeru, isu peluang pekerjaan adalah tidak relevan.

Bukanlah dalam esei ini untuk menganalisa nilai intrinsik perbelanjaan awam yang disalurkan kepada Algeria.
Tetapi saya tidak dapat menahan diri daripada membuat satu tinjauan umum. Sesungguhnya anggapan manfaat ekonomi adalah tidak tepat untuk pengeluaran yang dibuat melalui percukaian. Mengapa? Ini adalah alasannya.

Terlebih dahulu, keadilan selalunya menjadi mangsa kepada dirinya pada tahap tertentu. Memandangkan James Goodfellow telah berusaha untuk mendapatkan 100-sous sebagai bahagiannya dengan tahap kepuasan yang dikehendaki, dia berasa jengkel untuk sekurang-kurangnya mengatakan bahawa campur tangan cukai telah mengambil kepuasannya untuk diberikan kepada yang lain. Kini tentulah terserah kepada mereka yang memungut cukai untuk memberikan alasan yang baik untuk itu. Kita telah melihat kerajaan memberikan alasan dangkal: “Dengan 100-sous kami akan memberikan peluang pekerjaan kepada beberapa orang,” sedangkan untuk James Goodfellow (sebaik saja ia dapat melihat dengan jelas) tidak gagal untuk menjawab: “Ya Tuhan, dengan 100-sous itu aku boleh melakukan kerja-kerja itu sendiri”.
Setelah hujah di pihak kerajaan ditanggalkan, yang lain menampakkan diri dalam bentuk yang jelik dan perdebatan antara perbendaharaan awam dan James yang malang itu akan dapat dipermudahkan. Jika kerajaan mengatakan kepadanya: “kami akan mengambil 100-sous daripada kamu untuk membayar anggota polis yang dapat mengawal dan memastikan kamu selamat, menyediakan jalan yang baik untuk kamu gunakan setiap hari, membayar hakim yang memastikan kebebasan dan harta benda kamu dihormati, memberi makan askar yang melindungi sepanjang perbatasan negara,” James Goodfellow akan membayar tanpa bersuara, atau mengatakan dirinya tersilap. Tetapi jika kerajaan mengatakan kepadanya: “Kami akan ambil 100-sous daripada kamu untuk memberi kamu 1 sou sebagai premium sekiranya kamu mengusahakan kawasan lapang kamu dengan baik, atau mengajar anak kamu apa yang kamu tidak mahu dia pelajari, atau mengizinkan Menteri kabinet untuk menambah 101 hidangan makan malamnya; kami akan membawa mereka untuk membina rumah di Algeria, tidak termasuk mendapatkan tambahan 100 sous untuk menampung peneroka di sana dan 100 sous lagi untuk membayar tentera yang akan melindungi penerika ini dan 100 sous untuk tujuan umum bagi menjaga askar ini, dan bermacam lagi tambahan,” pada saya James yang malang akan menjerit: “sistem perundangan yang sangat mirip dengan undang-undang rimba!” dan ketika kerajaan melihat bangkangan ini apakah yang akan dilakukannya? Mereka akan bertindak untuk mengelirukan segalanya; dengan memajukan hujah yang dangkal dan tidak ada kena mengena dengan persoalan: ia membicarakan kesan 100-sous terhadap pekerjaan; menunjukkan kepada tukang masak dan ahli perniagaan yang memberi bekalan kepada Menteri; menunjukkan peneroka, tentera, jeneral yang hidup dengan lima franc; menunjukkan kepada kita apa yang dapat dilihat. Selagi James Goodfellow tidak belajar untuk melihat kepada apa yang tidak dapat dilihat, dia akan sentiasa ditipu. Sebab itu saya seperti dipaksa untuk mengajar beliau dengan jelas dan pengulangan panjang.

Dari fakta bahawa perbelanjaan awam akan menempatkan semula pekerjaan-pekerjaan tanpa meningkatkan jumlah pekerjaan di sana menunjukkan hasil bertentangan yang kedua dan berat terhadap perbelanjaan tersebut.

Memindahkan pekerja dengan cara menempatkan semula pekerja menjejaskan kespontanan pecahan populasi di dunia. Bila 50 juta francs dibiarkan kepada pembayar cukai kerana mereka berada di seluruh negara, wang tersebut boleh mewujudkan peluang pekerjaan di semua 40,000 kawasan tempatan di Perancis. Ia berfungsi sebagai perkara yang mengikat setiap manusia kepada tempat asalnya, ia juga diagihkan kepada sebanyak mungkin pekerja dan kepada jumlah industri yang tidak dapat dibayangkan. Kini, jika kerajaan mengambil 50 juta ini daripada rakyat, mengumpul dan membelanjakannya kepada tempat tertentu, ia akan menempatkan sejumlah pekerja daripada tempat lain, sejumlah pekerja luar, apungan populasi, dan saya berani mengatakan ianya bahaya ketika wang telah habis digunakan! Tetapi inilah yang berlaku (dan saya akan kembali kepada subjek saya): kegiatan yang merosakkan ini dibuat untuk menarik pandangan ramai dan itu adalah apa yang dapat dilihat; ramai memuji, kagum dengan mudah dan cantiknya prosedur tersebut, lalu meminta pengulangan dan pemanjangan yang serupa. Apa yang tidak dapat dilihat ialah jumlah pekerjaan yang sama, mungkin lebih berguna, dihalang untuk diwujudkan di seluruh negara Perancis.

Nota kaki:

[1] Yang Berhormat Menteri Pertahanan baru-baru ini menegaskan bahawa setiap individu yang dipindahkan ke Algeria telah menyebabkan kos kepada negara sebanyak 8000 francs. Kini, jelaslah bahawa rakyat miskin yang terlibat boleh hidup dengan lebih baik di Perancis dengan modal sebanyak 4000 francs. Bagaimanakah, saya suka untuk tahu, kerajaan membantu rakyat Perancis ketika mereka mengambil satu orang dengan belanja yang boleh diberikan kepada dua orang?

Tag .

Kenali AkademiMerdeka.org

AkademiMerdeka.org ialah satu projek pendidikan ide-ide libertarianisme dalam Bahasa yang dijalankan oleh Atlas Global Initiative for Free Trade, Peace and Prosperity.

Langgan feed RSS

Ikuti melalui Twitter

Sertai kami di Facebook

Kenali kami sepenuhnya »

© 2012 AkademiMerdeka.org