Bagi rakan-rakan di Malaysia, terutamanya di Kuala Lumpur dan Selangor, jemput hadir ke Kelas Pencerahan untuk diskusi bersama En Al-Mustaqeem Mahmod Radhi, penterjemah buku tulisan F.A. Hayek yang bertajuk “Jalan Perhambaan” (Road to Serfdom). Butiran adalah seperti berikut:

Tarikh     : 5/3/2014
Masa         : 930-1130 pm 
Tempat   : Bilik Kaca, Restoran Maulana 2 Tingkat, Serdang
Tajuk       : Jalan Keluar Perhambaan

Di dalam buku ini Hayek “memberi amaran bahaya kezaliman yang akan bangkit hasil daripada kawalan kerajaan membuat keputusan ekonomi melalui perancangan pusat.” Beliau juga berhujah bahawa pengabaian individualisme dan liberalisme klasik akan membawa kepada kehilangan kebebasan, penciptaan sebuah masyarakat yang menindas, kezaliman diktator dan penghambaan individu. Paling ketara, Hayek mencabar pandangan umum di kalangan ahli akademik British bahawa fasisme adalah reaksi kapitalis terhadap sosialisme, sebaliknya berhujah bahawa fasisme dan sosialisme mempunyai akar yang sama dalam perancangan pusat ekonomi dan kuasa negeri ke atas individu.

Anjuran bersama: Kelas Pencerahan, IDEAS dan AkademiMerdeka.org

FacebookTwitterGoogle+Share