AkademiMerdeka.org » Country: Malaysia

Pasaran Bebas dan Moral
Sistem ekonomi pasaran, ataupun lebih dikenali sebagai “kapitalisme” telah pun wujud sejak kemunculan ketamadunan manusia. Ini dapat dibuktikan dalam penulisan Aristotle yang memerhatikan kegiatan penduduk bandar (“polis” di Yunani) yang memperdagangkan lebihan (surplus) hasil rumah tangga dengan rumah tangga yang lain, dengan itu dapat memenuhi kekurangan (defisit) keperluan masing-masing. Perlaksanaan sistem ekonomi ini amat bergantung kepada persekitaran yang bebas di mana rumah tangga dibenarkan memiliki harta peribadi, pada masa yang sama campur tangan kerajaan juga tidak digalakkan demi membiarkan unit rumah tangga menjalankan fungsi masing-masing dalam memenuhi keperluan penduduk di bandar. Di kalangan negara-negara bandar Yunani, Athens yang melahirkan falsafah agung merupakan sebuah bandar yang mengamalkan sistem ekonomi pasaran dan menjalankan perdagangan dengan negara-negara bandar lain.

Namun begitu, kebanyakan golongan pemikir termasuk Aristotle sendiri yang memainkan peranan sebagai penasihat pentadbiran dan pemerintahan telah mengkritik ekonomi pasaran dari sudut pandang moral. Malah guru Aristotle iaitu Plato telah pun mencadangkan pemansuhan sistem pemilikan harta peribadi dalam karya agung beliau Republic. Dalam utopia idaman Plato yang bernama “Kallipolis”, golongan pemerintahan iaitu “raja filasuf” (philosopher-kings) dilarang sama sekali memiliki harta peribadi, termasuk golongan askar yang menjadi pelindung bandar. Plato melihat harta peribadi merupakan punca sikap penting diri sendiri dan menyebabkan penduduk bandar tidak dapat bersatu akibat daripada terdapatnya perbezaan harta benda yang dimiliki oleh “saya” dan “dia”. Kesimpulan Plato ialah manusia hanya akan mencapai kesempurnaan apabila memperolehi keperibadian unggul (virtue), di mana ini hanya akan dicapai apabila tiadanya harta peribadi. Dalam dunia idaman Plato, harta benda adalah dikongsi bersama dan aktiviti penghasilan dan penggunaan juga tidak boleh dibiarkan kepada pilihan peribadi. Aktiviti ekonomi haruslah bertujuan untuk bersara hidup sendiri dan juga golongan pemerintah yang tidak memiliki harta peribadi. Plato telah mengkritik ekonomi kapitalisme berdasarkan moraliti.

Walaupun kurang radikal berbanding dengan gurunya, Aristotle tetap bersifat skeptikal dengan kemungkinan manusia mencapai kesempurnaan moral di bawah sistem ekonomi bebas. Aristotle membuat perbezaan di antara aktiviti ekonomi (“oikonomia”) yang merupakan aktiviti memenuhi keperluan rumah tangga dan “chrematistic” yang merupakan aktiviti mengejar keuntungan. Menurut Aristotle, aktiviti ekonomi merupakan aktiviti semula jadi manakala aktiviti “chrematistic” adalah tidak semula jadi. Aktiviti ekonomi adalah selaras dengan tuntutan moral manusia kerana ia memenuhi keperluan manusia untuk hidup dengan baik, aktiviti penghasilan, pertukaran dan penggunaan dilihat sebagai alat untuk mencapai tujuan kehidupan sempurna. Sebaliknya aktiviti “chrematistic” telah menjadikan wang sebagai tujuan, dan Aristotle melihatnya sebagai tidak bermoral. Pandangan Aristotle ini telah dipetik oleh Karl Marx pada 2000 tahun kemudian dalam kritikan dia terhadap “fetishisme wang”. Walau bagaimanapun, Aristotle tetap menyokong sistem ekonomi pasaran yang berasaskan pemilikan harta peribadi, ini disebabkan oleh pemilikan harta peribadi telah membolehkan manusia menjadi murah hati, melalui harta benda yang dimiliki manusia boleh memberi layanan yang baik kepada kawan dan tetamu. Secara keseluruhan Aristotle melihat ekonomi pasaran bermoral hanya apabila ia memenuhi tujuan yang lebih tinggi daripada kegiatan mencari keuntungan.

Falsafah Aristotle menjadi arus utama semasa Zaman Pertengahan di Eropah, malah fahaman falsafah Aristotelianisme telah disintesiskan dengan fahaman agama Kristian. Doktrin Kristian secara keseluruhan tidak menggalakkan aktiviti ekonomi yang bertujuan mencari keuntungan. Malah Nabi Isa a.s. telah berkata, “Kukatakan kepada kalian, sesungguhnya seekor unta lebih mudah memasuki lubang jarum daripada orang kaya masuk ke syurga.” Doktrin Kristian melihat pengumpulan harta peribadi yang banyak akan menyebabkan manusia mengejar kemewahan demi memenuhi nafsu, dengan itu terus melupakan ibadah dan akidah. Kapitalisme adalah tidak bermoral menurut Injil. Justeru itu tidak hairanlah ekonomi pasaran bebas adalah terpendam sepanjang Zaman Pertengahan, sebelum ia dihidupkan semula di negara-negara bandar di Itali seperti Venice dan Genoa yang menandakan bermulanya Zaman Renaisans.

Abad ke-18 telah menyaksikan kehidupan semula ekonomi pasaran, bukan sahaja amalan malahan golongan intelektual juga turut memberi justifikasi moral kepada pasaran. Punca sikap intelektual ini merupakan hasil daripada siri peperangan sepanjang abad ke-17 seperti Perang Tiga Puluh Tahun di Jerman dan Revolusi Puritan di England di mana perang agama telah memusnahkan kestabilan dan ketenteraman masyarakat, pada masa yang sama raja-raja kuku besi seperti Louis XIV di Perancis telah mengeksploit agama untuk mengukuhkan kuasa. Golongan intelektual di Perancis dan Britain melihat agama yang mendakwa membimbing manusia ke arah kesempurnaan moral bukan sahaja tidak dapat membentuk masyarakat yang tenteram dan aman, malah membawa kepada sikap fanatik dan keganasan. Golongan intelektual kini sama ada menggalakkan masyarakat mengejar kepentingan diri sendiri berdasarkan dua kesan baik yang mampu dicapai: satu ialah kegiatan yang tidak bertujuankan moral akan membawa kesan positif kepada masyarakat seperti “tangan ghaib” Adam Smith dan kegiatan tersebut berperanan membentuk moraliti perbadi seperti Montesquieu yang melihat ekonomi kapitalisme bermoral sebab “semangat perdagangan membawa semangat kehematan (berhemah), ekonomi, kesederhanaan, kerja, kebijaksanaan, ketenangan, tatacara dan perintah.”

Kejayaan ekonomi pasaran pada abad ke-19 telah menarik kritikan daripada intelektual sekali lagi. Kini ekonomi pasaran menerima kritikan daripada kedua-dua barisan kiri dan kanan. Dan semua kritikan tersebut berdasarkan moral. Barisan kiri yang merangkumi sosialisme dan komunisme melihat kapitalisme tidak bermoral kerana ia merupakan punca berlakunya ketidakadilan dan jurang sosial. Barisan kanan yang merangkumi konservatisme dan fasisme melihat kapitalisme tidak bermoral kerana ia menyebabkan manusia lebih mementingkan kemewahan dan keselesaan diri daripada tanggunjawab terhadap negara dan bangsa. Percubaan kedua-dua untuk menegakkan moraliti telah mengakibatkan berbilion manusia terkorban dalam konflik yang dicetuskan oleh golongan fasis dan komunis. Apakah nilai moral yang ada pada tindakan menzalimi manusia oleh golongan yang mendakwa mereka lebih bermoral?

Ketaksuban golongan intelektual dan pemerintah terhadap moraliti bukan sahaja tidak membawa keamanan dan kesejahteraan yang diidamkan, malah mengakibatkan pelbagai bencana manusia. Adalah tidak adil untuk mengatakan manusia yang mengejar keselesaan dan kemewahan merupakan golongan yang tidak bermoral. Bahkan kata Adam Smith, “saya tidak banyak mendengar tentang kebaikan yang dihasilkan oleh orang-orang yang mengajak kepada kebaikan awam.” Malah pada hari ini, kegiatan tidak bermoral oleh peserta dalam pasaran selalunya mendapat hukuman yang sepatutnya, sama ada Michael Milken pada 1980-an, Bernard Madoff pada 2000-an, atau pun Gordon Gekko dalam filem Wall Street. Manakala manusia yang mendakwahkan ‘kebaikan dan kesamarataan’ seperti Stalin dan Mao, tidak menerima hukuman sepanjang hidup mereka.

Namun begitu, golongan liberal hari ini harus menegakkan dimensi moraliti yang ada pada ekonomi pasaran itu tersendiri. Set etika “bourgeois” (istilah Deidra McCloskey) seperti etika kerja dan nilai kekeluargaan, merupakan manifestasi moraliti kapitalisme.

Cato Wong adalah bekas pelatih di Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS)

Perspektif Perlembagaan: Sebuah Ulasan
Berdasarkan kepada pembacaan buku Perspektif Perlembagaan hasil tulisan Profesor Abdul Aziz Bari, saya berpandangan bahawa beliau telah menghasilkan sebuah karya akademik Perlembagaan Persekutuan yang menyeluruh, serta bahasa yang mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat termasuklah yang tidak memiliki latarbelakang undang-undang.

Bermula dengan bab asas konsep perlembagaan, kemudian dikembangkan analisisnya yang menyentuh soal-soal sistem monarki atau sistem beraja, parlimen, Dewan Undangan Negeri (DUN), kuasa eksekutif, badan kehakiman, pilihanraya, perkhidmatan awam dan krisis politik Perak –semua ini dibincangkan dan dikemukakan secara fakta mengikut perspektif Perlembagaan Persekutuan.

Dalam bab Perlembagaan misalnya, penulis memberikan fakta Perlembagaan Persekutuan yang sebenarnya. Maknanya, Perlembagaan Persekutuan itu bukan sekadar undang-undang rumit yang dimiliki dan diamalkan oleh hakim-hakim ataupun golongan professional sahaja sebaliknya penulis berjaya melanjutkan pemahaman konservatif tersebut kepada suatu bentuk ‘Perlembagaan Rakyat’ yang boleh disesuaikan dengan iklim politik dan sosial semasa. Hal ini penting memandangkan selepas Pilihanraya Mac 2008 lalu, timbul beberapa isu seperti rampasan kuasa politik Perak, kemunculan sistem dua parti dan kedudukan kaum Melayu kononnya tergugat yang memerlukan analisis konkrit dari sudut Perlembagaan Persekutuan. Justeru, untuk memahami Perlembagaan, penulis telah meletakkan asas Perlembagaan Persekutuan yang berjaya meyakinkan pembacanya.

Dalam bab monarki / sistem beraja pula, ia turut dibincangkan dimana kekuatan sistem itu adalah warisan sejarahnya yang panjang dan kedudukannya yang semakin mencabar dalam sebuah negara Raja Berpelembagaan. Penulis juga berpandangan rakyat melihat sistem beraja hanyalah sebahagian daripada sistem yang korup dan membebankan. Kelemahan tersebut, tambahnya lagi, jika tidak ditangani lama kelamaan akan terhapus, barangkali jelas dalam revolusi yang membawa kepada pemansuhan sistem beraja di Iran pada 1979. Misalnya berlaku beberapa kes perebutan takhta di negeri, kenyataan Tengku Mahkota Kelantan pada 12 April berhubung Malaysia bukan sebuah negara sekular yang membangkitkan kemarahan Karpal Singh dan Raja Muda Perak yang bijaksana pun membuat kenyataan bertemakan Kemelayuan dan tidak disenangi oleh pihak tertentu. Dalam buku ini, saya cukup tertarik dengan sepatah kata Walter Bagehot yang merupakan pengamat tradisi perlembagaan England, istana mempunyai misteri dan mistik yang tersendiri. Dan sekiranya ia terlalu terdedah dan didedahkan istana mungkin akan kehilangan kekuatan dan karismanya.

Dalam bab eksekutif / kerajaan, penulis menghuraikan beberapa hujah ahli politik yang jelas tidak sepadan dengan Perlembagaan Persekutuan. Misalnya, penulis sendiri tidak memahami mengapakah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bahawa kekitangan awam perlu patuh kepada kerajaan yang memerintah. Secara ringkas, perkhidmatan awam adalah institusi berkecuali yang hanya perlu setia kepada negara. Menurut penulis lagi, yang menjadi tonggak perkhidmatan awam ialah undang-undang dan peraturan yang kesemuanya berpaksikan perlembagaan. Kekeliruan rakyat untuk membezakan yang mana kerajaan dan yang mana negara selama pemerintahan Barisan Nasional (BN) hanya akan menguntungkan pemerintah sahaja.

Isu yang membabitkan peranan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) terus mendapat perhatian penulis dalam buku ini. Kredibiliti SPR tercalar teruk dibawah pimpinan bekas Pengerusi Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, bahkan tidak dapat menandingi kehebatan Pengerusi terdahulu Tan Sri Mustafa Albakri – ketika itu negara ditadbir oleh Tunku Abdul Rahman, seorang Perdana Menteri yang paling liberal. Penulis membangkitkan rasa hairan terhadap kelemahan SPR sedangkan Perkara 113 (1) dan (2) sudah menyediakan prasarana yang cukup untuk menjalankan tanggungjawabnya. Yang menjadi masalah ialah SPR dan pihak kerajaan yang ada mengawal segala sumber dan jentera pentadbiran terutamanya perkhidmatan awam dan badan kehakiman yang sepatutnya berkecuali jelas tidak mempamerkan ciri- ciri itu. Inilah sebab mengapa pilihanraya yang bersih dan adil sukar dilaksanakan di negara ini.

Terakhir adalah, krisis politik Perak. Ia bermula dengan penyeberangan tiga orang ahli DUN Pakatan Rakyat kepada Barisan Nasional dalam keadaan penuh misteri. Mereka bertiga tiba-tiba muncul memberikan sokongan kepada Barisan Nasional. Istana dan mahkamah, dua institusi yang banyak memainkan peranan dalam isu tersebut tidak mampu menyelesaikan masalah politik ini. Penulis menjelaskan bahawa keputusan yang dihasilkan oleh kedua-dua institusi tersebut telah mengusutkan lagi keadaan. Lantaran itu, penulis menegaskan cara terbaik untuk menangani krisis politik Perak ialah dengan membubarkan dewan supaya satu pilihanraya negeri dapat diadakan dan rakyat dapat membuat keputusan yang muktamad dan jelas.

Berdasarkan kepada pembacaan buku ini, dapatlah dirumuskan bahawa Perlembagaan Persekutuan dapat merungkaikan banyak persoalan politik semasa negara dan teladannya adalah keberkesanan sesebuah kerajaan dapat diukur dengan sejauhmanakah ia menjunjung sesebuah Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. Bagi pihak IDEAS, kami amat mengalu-alukan buku karya Professor Abdul Aziz Bari sebagai usaha membentuk tradisi perlembagaan negara. Buku-buku ini boleh dari kedai-kedai buku seluruh negara dan http://bookshop.gbgerakbudaya.com/

Medecci Lineil adalah Eksekutif Kanan di Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS).

BERSIH dan Kebebasan Bersuara
Frederic Bastiat, seorang ahli ekonomi dan penggubal dasar di Perancis pada abad ke-19 pernah mengungkapkan: “Nyawa, kebebasan dan harta benda tidak wujud kerana manusia membuat undang-undang. Sebaliknya, sebenarnya nyawa, kebebasan dan harta benda telah sedia wujud dan mendorong manusia membuat undang-undang”.

Reformasi Pilihan Raya di Malaysia

Pada 10 November 2007, satu perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) telah diadakan di Kuala Lumpur dan saya terlibat menyertainya. Perhimpunan ini diadakan bertujuan menyampaikan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong di Istana Negara dengan empat tuntutan utama iaitu:

1.Semakan semula daftar pemilih yang lengkap untuk memastikan segala kesalahan dibetulkan.

2.Penggunaan dakwat kekal untuk mencegah pengundian berulang.

3.Pemansuhan undi pos, kecuali kepada para diplomat serta pengundi di luar negara.

4.Akses media yang adil kepada semua pihak dalam Pilihan Raya supaya semua parti politik boleh menjelaskan dasar dan manifesto mereka kepada rakyat, khususnya para pengundi di Malaysia.

Semakan semula daftar pemilih yang lengkap untuk memastikan segala kesalahan dibetulkan. Penggunaan dakwat kekal untuk mencegah pengundian berulang. Pemansuhan undi pos, kecuali kepada para diplomat serta pengundi di luar negara. Akses media yang adil kepada semua pihak dalam Pilihan Raya supaya semua parti politik boleh menjelaskan dasar dan manifesto mereka kepada rakyat, khususnya para pengundi di Malaysia.

Selain daripada empat tuntutan utama ini yang bersifat jangka pendek, BERSIH turut menggariskan sejumlah tuntutan jangka panjang berkaitan sistem dan pentadbiran pilihan raya, penamaan calon dan parti, kempen pilihan raya, media, kerajaan sementara, daftar pemilih dan juga proses pengundian (rujuk bm.bersih.org/?page_id=53 untuk maklumat penuh).

Sehingga kini, semua tuntutan ini seperti tidak diendahkan. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang pada mulanya mahu memperkenalkan dakwat kekal dalam Pilihan Raya Umum ke-12 pada tahun 2008 telah membatalkan keputusan tersebut pada saat akhir dengan alasan bahawa terdapat laporan polis yang menyatakan ada pihak telah menyeludup dakwat kekal untuk penyelewengan Pilihan Raya. Akibatnya, dakwat kekal bernilai RM3 juta yang didakwa telah dibeli oleh SPR tidak digunakan dan menyebabkan satu lagi pembaziran dana awam. Dalam kenyataan SPR kemudiannya, mereka mahu menggunakan sistem biometrik tetapi ia akan memakan masa dan belanja sebelum dapat dilaksanakan. Alasan yang bersifat dolak-dalik ini tidak wajar dibuat. Sepatutnya laksanakan sahaja apa yang mudah dan dapat dibuat sementara menunggu sesuatu yang sukar dapat dilaksanakan kemudiannya.

Justeru pada 9 Julai 2011 nanti, BERSIH akan menganjurkan perhimpunan kedua yang dinamakan BERSIH 2.0 untuk memanjangkan 7 tuntutan iaitu:

1.Pendaftaran pemilih secara automatic sebaik sahaja mereka mencecah usia layak mengundi.

2.Reformasi kepada sistem undi pos untuk para pengundi di luar bandar.

3.Penggunaan dakwat kekal untuk mengelakkan pengundian berulang.

4.Akses media yang adil kepada semua parti politik yang bertanding.

5.Tempoh kempen minima selama 21 hari.

6.Hak untuk badan bebas memantau proses pilihan raya dengan kebebasan untuk bertindak bagimenguatkuasa perkara berhubung kesalahan pilihan raya.

7.Menghapuskan rasuah pilihan raya.

8.Hentikan politik kotor

Saya fikir semua tuntutan ini adalah sederhana. Penyertaan saya semasa perhimpunan pertama dahulu adalah sebagai tanda solidariti kepada semua tuntutan tersebut kerana berpendapat ada kelemahan dalam Sistem Pilihan Raya di Malaysia dan ia tentunya boleh diperbaiki demi masa depan sebuah kehidupan bernegara yang lebih baik. Ini penting kerana negara kita mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen.

Berdasarkan pemahaman saya, demokrasi bermaksud pemerintahan daripada rakyat untuk rakyat atau mudahnya rakyat adalah sumber keabsahan sebuah pemerintahan. Maksud ini ditunjukkan oleh satu sistem pilihan raya sebagai cara praktikal untuk menentukan siapa akan melaksanakan kuasa politik dalam negara dan tentunya kepada seluruh penduduk termasuk mereka yang dipilih. Justeru, sebuah Pilihan Raya yang dijalankan mestilah adil dan dilihat adil bermula daripada pendaftaran sebagai pemilih sehingga kiraan dan keputusan rasmi daripada pemilihan tersebut.

Selain itu, pilihan raya juga perlu dibuat secara berkala bagi membolehkan rakyat mempunyai kawalan terhadap pemerintah dan pemerintahan daripada pelbagai salah laku atau kelemahan kerana sumber asal keabsahan pemerintahan ini adalah daripada rakyat. Maka, rakyat berhak untuk membuat pilihan lain sekiranya mereka berpendapat itu lebih baik.

Ini adalah pemahaman demokrasi yang asas dan perlu difahami oleh setiap warganegara Malaysia agar isu-isu berbangkit mengenainya dapat dibincangkan dengan semangat kebebasan dan keadilan, seperti yang terungkap dalam Pemahsyuran Kemerdekaan negara.

Dalam Laporan Indeks Demokrasi yang dibentuk oleh Unit Cendekiawan Economist, Malaysia berada di tangga ke-71 dan dikategorikan sebagai sebuah negara yang pincang amalan demokrasinya, sama seperti puluhan negara lain. Namun, harus menjadi perhatian di sini ialah jumlah mata penilaian yang diberikan untuk ciri proses pilihan raya dan kepelbagaian hanya 6.50 (daripada 10.0 mata penuh). Ini bermaksud, daripada 53 buah negara yang dikategorikan pincang demokrasinya, Malaysia hanya lebih baik daripada Namibia yang mengutip 5.25 mata dalam ciri proses pilihan raya dan kepelbagaian. Ia juga menunjukkan kutipan mata dalam ciri tersebut lebih rendah berbanding sebahagian negara dalam kategori hibrid rejim.

Ini mengukuhkan lagi pandangan bahawa proses pilihan raya di Malaysia perlu diperbaiki.

Meskipun semua tuntutan itu sederhana dan penting dalam konteks sistem kenegaraan, ia lebih banyak dilihat oleh pihak kerajaan dan parti pemerintah sebagai agenda politik yang bertujuan menjatuhkan mereka. Ia seolah-olah satu pengakuan bahawa semua tuntutan itu mempunyai asasnya tersendiri dan kerajaan serta parti pemerintah tidak bersedia memenuhi tuntutan tersebut kerana ia hanya merugikan mereka. Jika benar, itu tentulah tidak dapat diterima kerana jelas sekali kerajaan dan parti pemerintah membelakangi proses demokrasi yang sihat untuk kekal berkuasa. Kerajaan dan parti pemerintah harus sedar bahawa petunjuk demokrasi ini sentiasa akan dipakai dan dipertahankan, terlepas parti mana pun yang berjaya mendapatkan kerusi majoriti dalam pilihan raya. Demokrasi dan petunjuk amalan terbaik pilihan raya tidak wajar dijadikan hak milik mana-mana parti politik atau pihak tertentu. Sebaliknya, ia mesti dijadikan satu prinsip dan petunjuk yang menjadi milik dan amalan bersama.

Selain daripada itu, pertikaian juga muncul berkaitan keperluan mengadakan perhimpunan awam untuk penyerahan memorandum semua tuntutan tersebut. Ini adalah satu pertikaian yang telah lama timbul dan saya fikir ia mesti diselesaikan secara tuntas.

Pertama, saya percaya bahawa hak BERSIH untuk berhimpun dan bergerak ke Istana Negara dengan tujuan menyampaikan memorandum semua tuntutan tersebut perlu dijamin. Jaminan yang sama perlu diberikan kepada Gerak Aman atau Pemuda UMNO sekiranya mereka juga mahu berhimpun. Jaminan ini adalah selaras dengan Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Artikel 20(1) Deklarasi Sejagat tentang Hak Asasi Manusia 1948 dan Perjanjian Antarabangsa Hak Sivil dan Politik 1966.

Beberapa pertikaian wujud dan ia boleh dibincang atau didebatkan untuk memperkaya pemahaman masyarakat tentang Perlembagaan dan idea kenegaraan antaranya:

1. Perkara 10(2) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Parlimen boleh dengan undang-undang menggunakan ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan (a) Fasal (1) apa-apa sekatan yang didapatinya perlu dan mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan.

Secara asasnya haruslah difahami di sini bahawa dalam mana-mana aspek perundangan akan sentiasa ada apa yang disebut pengecualian. Ini penting kerana manusia itu bersifat dinamik. Justeru, secara umumnya satu ketetapan diperlukan di samping pengecualian yang boleh diambil atas faktor keadaan. Sebagai contoh, secara umumnya semua orang bebas bekerja dan melakukan pelbagai aktiviti. Namun, Parlimen boleh membuat satu keputusan untuk tidak membenarkan sesiapa bekerja atau melakukan aktiviti lain dengan mengisytiharkan darurat atas faktor tertentu bersabit keselamatan negara misalnya ada ancaman serangan bersenjata oleh pihak tertentu. Oleh yang demikian, peruntukan perlembagaan dalam hal ini perlu dibaca dengan jelas bahawa ketetapan umumnya ialah jaminan kebebasan sementara sekatan ke atasnya adalah berdasarkan situasi – yang dinyatakan sebagai kepentingan keselamatan Persekutuan.

2. Seksyen 27 Akta Polis 1967 juga digunakan untuk menjustifikasikan tindakan polis semasa perhimpunan berlaku. Akta ini mensyaratkan kelulusan pegawai polis daerah berkenaan jika perhimpunan mahu dibuat dan kelulusan adalah atas budi bicara pihak polis.

Ketika menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Rais Yatim pernah berkata Seksyen 27 Akta Polis 1967 ini tidak wajar dipakai kerana ia boleh mengelirukan undang-undang itu sendiri. Meskipun beliau tidak menjelaskan bagaimana ia boleh mengelirukan, saya fikir ini boleh dilihat dalam konteks bagaimana polis mempunyai lebihan kuasa berbanding Parlimen dalam isu kebebasan asasi dan pengecualiannya. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dalam Laporan Tahunan 2010 telah mencadangkan sejumlah pemansuhan sub-seksyen dalam

Akta Polis tersebut di samping mengesyorkan polis menggunakan cara yang sederhana dan tanpa keganasan dalam menangani sebarang perhimpunan aman.

SUHAKAM juga menegaskan hak berhimpun secara aman dan menekankan bahawa polis tidak patut bertindak secara syak wasangka, spekulasi, takut atau imaginasi. Perlu ada bukti jelas bahawa ketidakteraman awam dan kecenderungan ke arah keganasan berlaku.

Dalam kata lain bersabit dua perkara di atas, meskipun kerajaan mempunyai tugas memastikan keamanan dan keselamatan, kebebasan berhimpun tidak harus disekat secara arbitrari (ditentukan sewenang-wenangnya tanpa satu piawaian dan sebab yang munasabah, misalnya berlaku tindakan luar kawal yang memaksa tindakan diambil). Dalam hal kebebasan berhimpun ini, penguatkuasaan Perkara 10(2) memerlukan satu keputusan Parlimen. Selain daripada persoalan di atas, Laporan Kebebasan Berhimpun yang diterbitkan oleh SUHAKAM juga baik untuk dirujuk.

Saya juga tidak mahu meremehkan hujah kemungkinan huru-hara berlaku dan satu situasi tidak aman yang boleh menjejaskan perniagaan kerana sebagai seorang pendokong kebebasan pasaran, tentulah kedua-dua perkara ini tidak baik untuk kesejahteraan pasaran. Justeru, bagaimana perhimpunan ini boleh diteruskan dan persoalan ini dapat diselesaikan?

Saya mahu mencadangkan agar:

1. Pihak polis bertemu dengan penganjur dan membincangkan isu kawalan keselamatan untuk mencapai kedua-dua objektif – perhimpunan dan penyerahan memorandum serta keamanan. Kedua-dua pihak harus memberikan kerjasama untuk membolehkan ia berjalan dengan lancar.

2. Satu keputusan boleh diambil misalnya perhimpunan BERSIH 2.0 boleh dibuat di Dataran Merdeka pada jam 10 pagi, bergerak ke Istana Negara dan tamat sebelum jam 12 tengah hari.

3. Jika ada perhimpunan lain mahu diadakan oleh pihak tertentu misalnya Gerak Aman atau Pemuda UMNO, pihak polis boleh menentukan agar ia tidak mengganggu atau menghalang laluan perhimpunan dan pergerakan BERSIH 2.0 antara jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari (mengambil kira pergerakan peserta perhimpunan untuk ke lokasi program dan bersurai). Perhimpunan dan pergerakan BERSIH 2.0 juga tidak boleh diadakan di tempat atau laluan perhimpunan lain. Konsep yang boleh diambil sebagai contoh di sini ialah lampu trafik di mana semua pihak diberikan hak pada tempoh waktu tertentu.

4. Perhimpunan BERSIH 2.0 lebih jelas objektifnya dan bagaimana mencapainya secara aman. Perhimpunan lain juga perlu jelas objektifnya dan bagaimana mencapainya secara aman.

5. Jika pihak polis boleh menutup jalan untuk laluan tertentu bagi tempoh tertentu semasa acara tertentu, perkara yang sama boleh dilakukan untuk hal ini.

6. Pihak polis tidak perlu mengadakan sekatan trafik sejauh misalnya sekitar Perhentian Serdang untuk melambatkan pergerakan trafik. Saya percaya dengan makluman laluan perhimpunan BERSIH 2.0 (dan perhimpunan lain, jika ada) pada tempoh tertentu; orang ramai boleh membuat perancangan sendiri tentang kegiatan mereka, sama ada bersifat perniagaan atau tidak.

7. Jika ada kekacauan timbul, pihak polis boleh menangkap individu atau kumpulan individu yang terbabit sahaja. Ini boleh dilakukan dengan bantuan peserta perhimpunan melalui rundingan awal tadi supaya disiplin perhimpunan dapat diwar-warkan. Selepas proses awal itu dibuat dan masih terdapat peserta yang tidak berdisiplin, jelaslah bahawa individu terbabit mungkin hadir untuk membuat sabotaj. Sepanjang pengalaman menyertai perhimpunan, saya berani katakan bahawa peserta perhimpunan cukup berdisiplin selagi tidak ada gangguan tidak munasabah seperti pancutan air kimia atau gas pemedih mata.

Saya sangat percaya bahawa secara umumnya rakyat Malaysia sangat cintakan keamanan. Namun, itu tidak bermakna keamanan mewajarkan rasuah dan salah guna kuasa dibiarkan. Ketidak-tenteraman awam juga boleh berlaku apabila rasuah dan salah guna kuasa berlaku tetapi didiamkan, malah suara yang menentang kebobrokan ini ditindas.

Banyak negara boleh terus maju dengan jaminan hak asasi rakyat untuk berhimpun dan juga bersuara terus dipelihara. Ada juga negara yang berdepan dengan tuntutan asasi untuk berhimpun dan juga bersuara kerana mereka kemunduran dan ketidaktentuan ekonomi dan politik di sana berlaku akibat rasuah dan salah guna kuasa.

Akhir sekali kepada semua pihak yang saya percaya masing-masing mahu mengatakan mereka bertujuan baik, meminjam pertanyaan W.S. Rendra: “Maksud baik kamu untuk apa? Maksud baik kamu untuk siapa?”

Amin Ahmad, 29, ialah Felo di Institut for Democracy and Economic Affairs (www.IDEAS.org.my0

Video: The Morality of Profit
The Morality of Profit

Gaji Minima Membahayakan Golongan Miskin
Baru-baru ini saya bertemu dengan dua pegawai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membincangkan mengenai caruman KWSP petugas di IDEAS. Saya memuji cara kerja para pegawai itu. Mereka sabar dan bersungguh-sungguh cuba membantu saya dengan nasihat-nasihat yang berguna.

Peruntukan undang-undang menetapkan bahawa setiap majikan wajib membayar caruman KWSP sebanyak 12 peratus sebagai tabungan pencen pekerja. Ada beberapa pengecualian, tetapi secara umum, itulah peraturannya. Dua belas peratus sebenarnya merupakan satu jumlah yang besar, terutama bagi organisasi yang baru bermula seperti kami di IDEAS.

Semasa saya berurusan dengan KWSP, terlintas juga dalam fikiran bahawa mungkin ada petugas saya yang terpaksa ditamatkan kontrak kerana kami tidak mampu membayar caruman mereka. Mungkin ada yang mungkin terpaksa diturunkan gaji. Malahan, saya mungkin terpaksa menawarkan gaji yang lebih rendah kepada petugas baru kerana saya tidak mampu membayar caruman KWSP yang tinggi.

Sebagai contoh, katakanlah jika ada petugas IDEAS yang menerima bayaran RM5,000 sebulan. Kos kepada syarikat, jika dicampurkan caruman KWSP, ialah RM5,600. Kos tambahan RM600 itu adalah satu kos yang tinggi, yang sebenarnya boleh saya gunakan untuk membayar gaji pekerja sambilan yang lain.

Tetapi, oleh kerana saya diwajibkan untuk membayar caruman KWSP, maka saya mungkin terpaksa menamatkan kontrak pekerja sambilan itu. Sedangkan pekerja sambilan yang bergaji rendah itu boleh jadi amat bergantung harap dengan bayaran upah dari saya untuk menyara keluarganya.

Dalam kes ini, semata-mata untuk membayar caruman KWSP seorang pekerja kaya berpendapatan tinggi, saya terpaksa memberhentikan seorang pekerja miskin berpendapatan rendah. Saya tiada pilihan lain kerana hasil kerja pekerja profesional itulah yang menjana pendapatan untuk organisasi kami. Untuk mengekalkan dia maka saya mesti membayar jumlah yang dia mahu.

Ironis sekali apabila undang-undang KWSP yang asalnya bertujuan mahu memastikan rakyat Malaysia ada tabungan pencen akhirnya mengakibatkan seorang pekerja miskin dibuang kerja. Dalam bidang sains sosial, inilah yang dikenali sebagai hukum akibat yang tidak dijangka (law of unintended consequences).

Situasi ini menyebabkan saya bimbang apabila Kementerian Sumber Manusia mahu menetapkan kenaikan gaji para pengawal keselamatan dengan kadar yang agak tinggi. Ini merupakan satu bentuk gaji minimum yang ditetapkan oleh undang-undang.

Hakikatnya ini sama dengan caruman KWSP yang kadarnya turut ditetapkan oleh kerajaan melalui undang-undang. Ada kesan negatif yang tidak dijangka yang akan berlaku, walaupun niat asalnya adalah baik. Bagi saya ini juga bertentangan dengan aspirasi Model Ekonomi Baru yang diumumkan oleh Perdana Menteri.

Dalam Bab Enam laporan Model Ekonomi Baru (MEB) yang dikeluarkan oleh Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), dengan terang dinyatakan bahawa MPEN tidak bersetuju dengan cadangan mewujudkan gaji minimum kerana ia boleh mengurangkan peluang pekerjaan di Malaysia.

Pandangan MPEN ini tepat sekali. Maka janganlah pula ada kementerian yang membelakangkan semangat MEB yang seperti yang dinyatakan dalam laporan itu.

Mungkin ada yang mempersoalkan bagaimana gaji minimum boleh mengurang peluang pekerjaan. Pengalaman IDEAS yang saya ceritakan di atas memberi jawapan yang jelas. Jika gaji minimum diwujudkan, maka akan ada golongan yang nanti terpaksa diberhentikan atau tidak diambil bekerja demi membolehkan syarikat menampung kos bayaran gaji atau caruman pekerja lain yang ditetapkan oleh undang-undang.

Biasanya golongan yang akan rugi ialah para pekerja berpendapatan rendah kerana mereka lebih mudah diganti berbanding golongan profesional berpendapatan tinggi. Golongan pengawal keselamatan, tukang sapu sampah, tukang kebun, buruh kasar, jurutol, dan lain- lain harus cemas dengan cadangan gaji minimum. Ini kerana gaji minimum akan menghasilkan kezaliman kepada golongan yang paling memerlukan pertolongan.

Saya sebenarnya mempunyai pengalaman peribadi dalam hal ini. Saya pernah bekerja sebagai pembersih tandas hospital semasa belajar di United Kingdom. Apabila kerajaan Britain memperkenalkan gaji minimum pada tahun 1999, saya dibuang kerja kerana syarikat tidak lagi mampu membayar upah semua pekerja.

Pada tahun 1997, Institute of Economic Affairs, sebuah badan pemikir di London, menerbitkan satu edisi khas jurnal ilmiah untuk membicarakan kesan gaji minimum. Mereka mendapati bahawa gaji minimum mungkin tidak memberi kesan negatif kepada negara sewaktu ekonomi sedang berkembang.

Tetapi, tatkala ekonomi negara menghadapi masalah, gaji minimum akan menyebabkan masalah ekonomi tersebut menjadi lebih teruk kerana ia menyumbang kepada peningkatan kadar pengangguran. Syarikat-syarikat dihalang oleh undang-undang daripada mengambil pekerja baru atau menurunkan gaji walaupun para pekerja itu sendiri sanggup menerima gaji lebih rendah demi mengekalkan pekerjaan mereka. Maka akibatnya proses pembaikan kedudukan ekonomi negara dan pengurangan kadar pengangguran akan menjadi perlahan.

Presiden Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia, Datuk Shaheen Mirza Habib mengatakan bahawa jika langkah ini diteruskan, maka mungkin 300 syarikat keselamatan terpaksa gulung tikar. Ini akan menyebabkan 60,000 orang pengawal keselamatan tempatan hilang pekerjaan. Inilah akibat yang tidak dijangka daripada tindakan memperkenalkan gaji minimum, walaupun niat asal gaji minimum adalah baik.

Saya akui para pengawal keselamatan memang menerima gaji yang rendah. Bapa saudara saya bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat kecil berdekatan Kuala Pilah. Pak Andak saya mengayuh basikal tua setiap hari untuk pergi bekerja demi menyara keluarga. Kehidupan beliau memang susah dan beliau baru kematian isteri bulan lepas. Siapa yang mahu menyara keluarga beliau jika gaji minimum itu menyebabkan dia kehilangan kerja?

Saya akui saya agak emosi dalam hal ini disebabkan memikirkan kesusahan hidup Pak Andak saya dan juga pengalaman peribadi saya sendiri. Tetapi saya bukan bercakap dari segi teori sahaja. Saya pernah menjadi mangsa kezaliman gaji minimum dan saya tidak mahu orang lain ditimpa nasib yang sama.

Saya tidak pasti adakah mereka yang menuntut gaji minimum di Malaysia pernah atau tidak bekerja sebagai buruh kasar, apatah lagi sebagai pembersih tandas, lalu dibuang kerja seperti saya. Atau adakah mereka hanya berkempen daripada keempukan kerusi mahal di pejabat masing-masing sahaja?

Gaji minimum ialah satu dasar yang merbahaya kepada golongan berpendapatan rendah. Demi kebajikan rakyat miskin, saya harap gaji minimum tidak diperkenalkan.

Wan Saiful Wan Jan ialah Ketua Eksekutif Institute for Democracy and Economic Affairs (www.IDEAS.org.my).  Rencana ini pertama kali disiarkan di Utusan Malaysia pada 12 Mei 2010.

Video Akademi Merdeka IV Indonesia, 8 – 10 April 2011

Mitos Pengundi yang Rasional (Bahagian 1)
Esok ada pilihanraya. Adakah pengundi-pengundi tahu apa yang mereka akan lakukan? Menurut ahli-ahli ekonomi tipikal dan ramai pengamat sains politik – jawapannya adalah “Tidak, tapi ia tidak penting”.  Bagaimana pula ia jadi tidak penting? Hujah utama ialah kesilapan pilihan orang ramai akan saling membatalkan.[1] Sebagai contoh, sebilangan orang akan menyangka faedah proses penghijrahan adalah kecil, dan yang lain pula akan menyangka faedahnya adalah terlalu besar.  Tetapi asalkan kepercayaan purata para pengundi adalah benar, ahli politik akan menang dengan mempromosikan polisi-polisi penghijrahan berdasarkan kepada fakta.

Contoh ini sangat menenangkan hati, tetapi adakah ia betul? Adakah purata kepercayaan para pengundi adalah benar? Dalam buku saya yang bertajuk serupa (Mitos Pengundi yang Rasional) terbitan Princeton University Press, saya mengkaji banyak bukti dan membuat kesimpulan bahawa jawapannya seterang-terangnya adalah tidak.  Seperti kelkatu yang terbang menuju cahaya panas, pengundi-pengundi selalu tergravitasi kearah kesilapan-kesilapan yang sama. Mereka tidak saling membatalkan kesilapan, tetapi menyebabkannya menjadi lebih besar.

Di dalam esei ini, saya memfokuskan kepada salahfaham orang ramai tentang pengetahuan ekonomi.  Kerana saya memang seorang ahli ekonomi, tetapi sebab yang lebih utama adalah ekonomi merupakan contoh jelas sebuah subjek yang penting dari segi politik (“It’s the economy, stupid,”) tetapi sangat kurang difahami.  Saya merasakan kesilapan orang ramai ini menjangkau lebih jauh dari ruang ekonomi. Terdapat bukti meyakinkan yang mana pendapat masyarakat awam terhadap isu seperti toksikologi dan penyakit barah adalah ‘biased’(berat sebelah)[2].  Dalam dasar luar negeri, juga serupa, kita mempunyai kesan “rally around the flag”, kecenderungan rakyat untuk menyokong peperangan demi peperangan sebaik sahaja ia diumumkan.  Tetapi walaupun jika seorang pengundi biasa boleh faham secara sempurna setiap isu-isu yang bukan berkaitan ekonomi, salah tanggapan tentang ekonomi itu sendiri akan membawa masalah yang serius untuk demokrasi.

MENGENALI TANGGAPAN-TANGGAPAN YANG SALAH INI

Misalkan bahawa salah seorang sarjana mempertahankan pendapat bahawa keyakinan pengundi purata tentang perkara ‘X’ adalah benar, dan seorang yang lain menyangkal hal itu. Untuk perdebatan mereka masuk akal, kedua belah pihak harus mempunyai pengetahuan tentang (a) apa yang pengundi-pengundi biasa percayai, dan (b) kepercayaan mana adalah benar. Bagaimana kita boleh ke dasar perbezaan pendapat semacam ini?

Agak mudah untuk mendapat tahu apa yang pengundi kebanyakan percayai.  Terdapat banyak hasil kajian bermutu tinggi boleh didapati. Perkara yang sukarnya adalah mencari cara untuk meng’gred’kan kepercayaan-kepercayaan atau pendapat-pendapat pengundi umum ini – untuk mencari kayu pengukur di mana pendapat-pendapat ini boleh dibandingkan.

Cara paling mudah dan jelas ialah dengan membandingkan kepercayaan pengundi dengan fakta yang boleh dicari.  Kita boleh Tanya pengundi-pengundi untuk beritahu kita berapa peratuskah dari belanjawan persekutuan digunakan untuk bantuan antarabangsa, dan kemudian kita boleh bandingkan jawapan mereka dengan angka sebenar.  Kajian-kajian yang menggunakan pendekatan ini mendapati pengundi-pengundi biasa sememangnya mempunyai kepercayaan yang aneh. Contohnya, Kajian Nasional tentang Pengetahuan Awam Mengenai Reformasi Kebajikan dan Belanjawan Persekutuan (The National Survey of Public Knowledge of Welfare Reform and the Federal Budget) mendapati bahawa 41% dari warga Amerika mempercayai bantuan antarabangsa adalah satu dari dua perkara terbesar dalam belanjawan persekutuan – dan 14% untuk Keselamatan Sosial  (Social Security).

Kekurangan terbesar pendekatan ini adalah banyak persoalan menarik yang lain menjadi terlalu kompleks untuk diselesaikan dengan sebuah almanac.  Tetapi terdapat satu cermin lain untuk membandingkan pendapat orang ramai ini.  Kita boleh mencari orang-orang yang biasanya akan tahu jawapan sebenar, lalu bandingkan apa yang mereka fikirkan, kemudian periksa jika orang ramai bersetuju.  Siapakah orang-orang yang sebegini? Calon yang paling jelas ialah pakar-pakar.[3]

Untuk lihat sekiranya pendapat umum tentang kesan-kesan ekonomi penghijrahan (immigration) adalah betul, contohnya, anda boleh tanya orang awam dan ahli ekonomi professional, dan perhatikan sekiranya secara purata, mereka bersetuju.  Adakah ini ujian yang tidak akan gagal? Tidak; bahkan pakar-pakar pun pernah salah sebelum ini.  Tetapi ianya sukar untuk menolak anggapan kuat bahawa jika para ahli dan orang awam tidak bersetuju, para ahlilah yang mungkin benar, dan orang awam mungkin salah. Lebih penting lagi, jika anda mempunyai sebab khusus untuk meragui objektiviti para ahli atau pakar, anda boleh mengawalnya.  Kalau anda fikir yang gaji besar para ahli ekonomi membuatkan pendapat mereka jadi berat sebelah, misalnya, anda boleh periksa samada orang-orang biasa dan pakar-pakar berkongsi pendapat setelah membuat penyesuaian secara statistik untuk gaji mereka.

Inilah pendekatan saya gunakan untuk menganalisa set data terbaik yang tersedia tentang pendapat-pendapat ekonomi, iaitu Kajian tentang pendapat rakyat Amerika dan para ekonomis tentang Ekonomi (the Survey of Americans and Economists on the Economy). Penemuan menyeluruh: ahli-ahli ekonomi dan orang awam mempunyai kepercayaan yang berbeza secara radikal terhadap isu-isu ekonomi.[4] Jika dibandingkan dengan para pakar, orang-orang kebanyakan adalah lebih sangsi dan skeptikal terhadap pasaran, terutamanya pasaran antarabangsa dan pasaran buruh, dan adalah lebih pesimis tentang sejarah masa lalu, masa sekarang dan masa depan ekonomi.

Ketika orang awam melihat konspirasi perniagaan, para ahli ekonomi melihat tawaran dan permintaan. Ketika orang awam melihat persaingan dari orang asing itu menghancurkan orang tempatan, para ahli ekonomi melihat keajaiban kelebihan komparatif. Ketika orang awam melihat pembuangan pekerja atau ‘downsizing’ yang berbahaya, para ahli ekonomi melihat pembahagian semula kekayaan yang meningkatkan tenagakerja. Ketika orang awam melihat kemerosotan, para ahli ekonomi melihat kemajuan. [5].

Sementara pengkritik terhadap profesyen ekonomi suka meletakkan perkara-perkara ini berpunca daripada kesenangan hidup ahli ekonomi, keselamatan pekerjaannya dan/atau ideologi sayap kanan, fakta-fakta tidak menyebelahi mereka. Membuat data kawalan untuk pendapatan, pertumbuhan pendapatan, keselamatan pekerjaan, jantina, dan bangsa hanya mengurangkan sedikit saja jurang antara pendapat awam-pakar.  Dan, kerana kebiasaannya para ahli ekonomi adalah ahli moderat Parti Demokrat, membuat data kawalan untuk pengenalan parti dan ideology menjadikan jurang pendapat awam-pakar sedikit bertambah. Ahli ekonomi memikirkan yang pasaran-pasaran beroperasi dengan baik bukan kerana ideologi sayap kanan ekstrim mereka, tetapi tanpa dikesankan oleh pendirian lemah sayap kiri mereka.

Dari satu perspektif, kita harusnya sudah dapat menduga penemuan ini dari awal lagi. Daripada zaman Adam Smith, jika tidak lebih awal lagi, ahli ekonomi telah mengeluh bahawa dasar ekonomi dibuat atas kefahaman yang salah, dan cuba untuk membuat kelainan dengan membetulkan prejudis-prejudis anak-anak murid mereka tentang pasaran, perdagangan antarabangsa dan sebagainya.  Para ahli ekonomi mengekalkan tradisi ini hingga ke hari ini bila mereka mengajar siswa-siswa, menulis untuk bacaan audiens popular, atau bila berbual-bual sesama sendiri.  Dalam dekad-dekad kebelakangan ini,  bagaimanapun, kajian ekonomi telah didasarkan pada andaian sebaliknya iaitu bahawa kepercayaan pengundi kebanyakan adalah benar. Apa yang mengejutkan tentang hasil penyelidikan saya adalah bahawa saya bandingkan ekonomi tradisional yang lama dengan penyelidikan ekonomi baru ini, dan yang menangnya adalah pandangan tradisional. [6]

-bersambung

Diterjemah dari:

http://www.cato-unbound.org/2006/11/06/bryan-caplan/the-myth-of-the-rational-voter/

Legasi Bastiat: Apa yang dapat dan tidak dapat dilihat (Bhgn 12)
Sebagai menyambut ulang tahun kelahiran Frederic Bastiat (lahir 30 Jun 1801), www.AkademiMerdeka.org mengusahakan penterjemahan berkala karya penting beliau bertajuk “What Is Seen and What Is Not Seen?”. Di bawah ialah penterjemahan bahagian keduabelas.

Terjemahan oleh NOOR AMIN BIN AHMAD, Ahli Bersekutu di Institute for Democracy and Economic Affairs (www.IDEAS.org.my), Malaysia. Beliau pernah menerima biasiswa Frederic Bastiat untuk menghadiri kursus musim panas anjuran Cato University di San Diego, California.

Hak untuk pekerjaan dan hak untuk keuntungan

“Saudara, nilailah diri anda untuk memberi saya pekerjaan pada harga anda.” Inilah hak untuk pekerjaan, asas atau tingkat pertama sosialisme.

“Saudara, nilailah diri anda untuk memberi saya pekerjaan pada harga saya.” Inilah hak untuk keuntungan, diperhalusi atau tingkat kedua sosialisme.

Kedua-duanya wujud dengan kesannya yang dapat dilihat. Ia akan lenyap daripada sesuatu yang kesannya tidak dapat dilihat.

Apa yang dapat dilihat ialah kerja dan keuntungan yang dijana dengan nilai-nilai taksiran kepada masyarakat. Apa yang tidak dapat dilihat ialah kerja dan keuntungan yang boleh didatangkan daripada jumlah wang yang sama sekiranya ia dibiarkan berada pada tangan pembayar cukai itu sendiri.

Pada tahun 1848, hak untuk pekerjaan menunjukkan dirinya pada satu masa dengan dua rupa. Itu sudah cukup untuk memburukkannya di kaca mata awam.

Satu daripada rupanya dipanggil: bengkel kebangsaan.

Satu lagi: 45 sen [1]

Setiap hari jutaan daripada Rue de Rivoli [2] pergi kepada bengkel kebangsaan. Ini adalah belahan syiling yang cantik.

Namun ini adalah apa yang ada di belahan lain. Untuk menyediakan jutaan francs ini, mereka perlu terlebih dahulu datang kepadanya. Ini adalah sebab kenapa penganjur hak untuk pekerjaan memperkenalkan diri mereka kepada pembayar cukai.

Kini, para petani berkata: “Saya mesti membayar 45 sen. Nanti saya dinafikan pakaian; tidak dapat menambah tanah di padang saya; tidak dapat memperbaiki rumah saya.”

Dan mereka yang diambil bekerja berkata: “Oleh kerana ketua kami tidak dapat membeli baju baru, tukang jahit akan kekurangan kerja; oleh kerana ketua saya tidak dapat menambah tanah di padangnya, penggali parit akan kekurangan kerja; oleh kerana ketua saya tidak dapat memperbaiki rumah, tukang batu dan tukang kayu akan kekurangan kerja.”

Justeru, ia membuktikan bahawa anda tidak boleh membuat keuntungan dua kali daripada transaksi yang sama, dan kerja yang dibayar oleh kerajaan dibuat dengan biaya kerja yang boleh dibayar oleh pembayar cukai. Itulah pengakhiran hak untuk pekerjaan yang boleh dilihat sebagai satu ilusi dan juga satu kezaliman.

Bagaimanapun, hak untuk keuntungan, yang sebenarnya tidak bermakna apa pun selain pemanjangan hak untuk pekerjaan, masih wujud dan berkembang.

Adakah peranan masyarakat yang dibentuk oleh para pelindung (protectionist)  bukan sesuatu yang memalukan?

Mereka berkata kepada masyarakat:

“Anda mesti berikan saya kerja, dan, lebih lagi, kerja yang mewah. Saya telah silap memilih sebuah industri yang membiarkan saya kerugian 10%. Jika anda mengambil cukai sebanyak 20 francs daripada rakyat dan melepaskan saya daripada membayarnya, kerugian saya akan bertukar menjadi keuntungan. Kini, keuntungan adalah hak; anda berhutangnya kepada saya.”

Masyarakat yang mendengar daripada sofis ini, yang akan membayar cukai untuk memuaskan mereka, yang tidak melihat bahawa kerugian dalam satu industri tidak kurang daripada kehilangan disebabkan pihak lain dipaksa untuk menanggungnya – masyarakat ini, pada hemat saya, layak menerima beban yang diberikan kepada mereka.

Maka, kita lihat, daripada banyak subjek yang telah saya tangani, tidak mengetahui ekonomi politik adalah bermaksud untuk membenarkan diri terpesona dengan kesan segera daripada fenomena ini; mengetahuinya bermaksud mengambil kira jumlah penuh semua kesan, segera dan juga pada masa akan datang [3]

Saya boleh memberi jawapan kepada semua persoalan lain dengan ujian yang sama. Tapi saya berhenti daripada melakukannya kerana nada demonstrasi yang sama akan kekal sama, dan saya simpulkan dengan menggunakan ke atas ekonomi politik apa yang dikatakan oleh Chateaubriand [4] dalam sejarah:

“Ada dua kesan dalam sejarah: pertama kesan segera dan boleh dikenal pasti; satu lagi kesan jangka masa lama dan tidak dikenal pasti lebih awal. Kesan-kesan ini selalunya bercanggah antara satu dengan lain; yang awal datang daripada kebijaksanaan singkat, yang kemudiannya adalah kebijaksanaan jangka masa panjang.  Takdir peristiwa ini terpapar selepas kegiatan manusia. Di sebalik manusia ada Tuhan. Nafikannya sebanyak yang anda mahu akan Kebijaksanaan Utama ini, jangan percayakan tindakannya, lawanlah dengan hujah, katakan apa yang disebut oleh orang awam sebagai Takdir “desakan keadaan” atau “alasan”; tetapi lihatlah pengakhiran faktanya, dan anda akan lihat ia memberi hasil bertentangan daripada apa yang dijangka bila ia tidak diasaskan awalnya daripada moral dan keadilan.

(Chateaubriand, Memoirs from beyond the Tomb.)

Nota kaki

(1)	Istilah yang digunakan ialah centimes.

[Rejim baru yang dibawa daripada Revolusi Februari membiayai bengkel kebangsaan untuk menangani masalah pengangguran dan juga menambah 45 sen untuk kadar cukai tidak langsung. Bengkel ini terbukti tidak menjadi penyelesaian masalah pengangguran yang memuaskan hati, sistem pemberian yang lucu dengan sedikit atau tanpa kerja. Apabila telah diputuskan pembatalan bengkel kebangsaan dan menyediakan pekerjaan dalam ketenteraan, perkhidmatan awam atau industri swasta, para pekerja di Paris marah dengan penipuan kerajaan berkenaan “hak untuk pekerjaan”, memberontak dan dikalahkan selepas pertembungan keras, pada Jun 1849]

(2)	Nama jalan yang popular di Perancis, dipenuhi dengan aktiviti komersil.

(3)	Jika semua keburukan kesan-kesan diletakkan kepada pengarangnya, kita akan segera menerima pelajarannya. Tetapi ini bukanlah kesnya. Kadangkala kesan baik yang dapat dilihat adalah untuk kita, dan kesan buruk yang tidak dapat dilihat adalah untuk pihak lain, yang menjadikan mereka lebih tidak dapat dilihat. Justeru, kita mesti menunggu reaksinya muncul daripada mereka yang perlu melalui kesan buruk tindakan ini. Biasanya ia akan mengambil banyak masa, dan itulah yang memanjangkan zaman pemerintahan yang salah.

Seseorang yang melakukan sesuatu dengan menghasilkan kesan baik yang setara dengan 10, kepada keuntungannya, dan kesan buruk setara dengan 15, dibahagikan kepada 30 orang rakannya dan menjadikan setiap mereka hanya menerima sebanyak 0.5. Secara kesuluruhannya berlaku kerugian, dan ianya perlu menjadi reaksi. Bagaimanapun, kita perlu menerima bahawa ia akan menjadi lebih panjang nanti kerana kesan buruk akan berkembang dalam masyarakat sambil kesan baik akan bertumpu pada satu perkara.

(4)	[Vicomte François René de Chateaubriand (1768-1848), penggerak barisan hadapan gerkaan kesusasteraan romantik di Perancis, dan seorang keturunan Raja Bourbon dalam politik. Beliau berkhidmat dalam monarki Bourbon yang dihidupkan semula, selepas kejatuhan Napoleon, sebagai duta ke England dan Jerman serta sebagai Menteri Luar Negeri. Karyanya yang popular ialah The Genius of Christianity dan Memoirs from beyond the Tomb.

Pertandingan Menulis Esei Bertemakan Liberalisasi Ekonomi
Topik utama

“Jika dibandingkan dengan sistem ekonomi terancang berteraskan sosialisme, adakah sistem ekonomi liberal berteraskan pasaran bebas lebih serasi dengan nilai-nilai moral atau agama?”

Malaysia kini sedang menjalani satu proses transformasi ekonomi. Melalui Model Baru Ekonomi (New Economic Model – NEM) dan Program Transformasi Ekonomi (Economic Transformation Programme – ETP), pelbagai usaha sedang dijalankan untuk membuka ekonomi negara agar menjadi sebuah pasaran yang lebih liberal. Semua ini dilakukan untuk membolehkan Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi.

Usaha transformasi ini dilihat mempunyai sekurang-kurangnya sedikit perbezaan berbanding semangat pentadbiran ekonomi yang diamalkan di negara kita sebelum ini. Ada yang mengatakan bahawa Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu usaha untuk merancang ekonomi negara secara berpusat. Perancangan secara berpusat (central planning) merupakan antara ciri utama sistem ekonomi sosialis.

Sejauh manakah usaha meliberalisasikan pasaran selaras dengan nilai-nilai moral dan etika, atau nilai-nilai agama? Perbincangan boleh memfokuskan kepada hanya konteks moral dan etika yang tidak terikat kepada mana-mana agama, atau memilih mana-mana agama (tidak semestinya satu sahaja) sebagai topik perbincangan, atau kedua-duanya sekali.

Para peserta dinasihatkan untuk merujuk kepada esei-esei Templeton yang telah diterjemahkan di sini atau esei-esei asal dalam Bahasa Inggeris di sini . Bagaimanapun, para peserta tidak semestinya menjadikan esei-esei ini sebagai rujukan.

Hadiah

Tempat pertama: RM2000

Tempat kedua: RM1500

Tempat ketiga: RM1000

Penghargaan khas: Pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga, serta tiga lagi esei terbaik akan turut mendapat hadiah buku dan tempat percuma untuk menghadiri Akademi Merdeka anjuran IDEAS.

Tarikh tutup

Semua esei mestilah diterima sebelum jam 3 petang, 15 Jun 2011.

Cara menghantar esei

Sila nyatakan di muka hadapan

nama penuh

alamat perhubungan

nombor telefon

alamat email

tarikh lahir

tempat belajar atau bekerja

dan hantarkan esei anda dalam bentuk Microsoft Word melalui email kepada esei2011@ideas.org.my

Syarat penyertaan

Penyertaan terbuka kepada semua yang berumur di bawah 26 tahun pada 31 Disember 2011.

Penyertaan mestilah dalam Bahasa Melayu.

Esei yang dihantar mestilah tidak lebih daripada 2000 perkataan, tidak termasuk senarai rujukan dan nota kaki.

Pertandingan ini dibuka kepada semua tanpa had kewarganegaraan atau permastautinan.

Semua penyertaan mestilah karya asal penulis.

Semua esei yang diterima oleh penganjur dianggap menjadi hakmilik penganjur dan penganjur boleh menggunakan esei-esei tersebut untuk apa-apa tujuan.

Peserta boleh menggunakan gambar rajah atau ilustrasi / lukisan dalam esei yang disertakan jika sesuai.

Semua penyertaan mestilah dihantar dalam format Microsoft Word.

Kakitangan IDEAS tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.

Bukti penghantaran bukan bukti penerimaan. Penganjur akan menghantar pengesahan bagi setiap esei yang diterima. Sekiranya peserta tidak menerima pengesahan dalam masa tiga hari daripada tarikh penghantaran, sila hubungi penganjur untuk maklumat lanjut.

Semua peserta menerima bahawa keputusan penganjur adalah muktamad.

Kriteria penghakiman

Semua esei akan dihakimi berdasarkan tiga kriteria:

kualiti kajian dan bahan rujukan (1/3 daripada markah penuh)

kualiti analisa (1/3 daripada markah penuh)

tatabahasa, kreativiti dan reka corak persembahan esei (1/3 daripada markah penuh)

Maklumat lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi Munirah Hayati Muhtar melalui emel munirah@ideas.org.my

Anjuran bersama www.AkademiMerdeka.org dan IDEAS

Esei-esei Templeton: Adakah Pasaran Bebas Merosakkan Moral?
Sebuah perbualan Templeton

Soalan Utama: Adakah Pasaran Bebas Merosakkan Moral?

Jawapan 1: Bahkan sebaliknya

Jawapan 2: Ianya bergantung kepada keadaan

Jawapan 3: Ya, tetapi…

Jawapan 4: Tidak

Jawapan 5: Sudah tentu ianya merosakkan moral

Jawapan 6: Tidak! dan hmm.. ya.

Jawapan 7: Tentu saja. Atau, betulkah begitu?

Jawapan 8: Memang biasanya, ya.

Jawapan 9: Tidak, bila dipertimbangkan

Jawapan 10: Kita lebih rela tidak mengetahui hakikatnya.

Jawapan 11: Semuanya bergantung.

Jawapan 12: Tidak

Sila klik pada laman dibawah untuk kesemua esei-esei jawapan:

AkademiMerdeka.org/moraliti-pasar/

Perbualan ini adalah yang ke-empat dalam siri perbualan-perbualan mengenai “Soalan Utama” antara para saintis, pakar-pakar akademik dan tokoh-tokoh terkenal dunia. Untuk siri perbualan lain, sila lawati laman ini.

Publikasi ini dibiayai oleh dana daripada John Templeton Foundation. Pandangan yang dinyatakan dalam semua esei-esei ini adalah pandangan peribadi penulis, dan tidak semestinya melambangkan pandangan John Templeton Foundation.